
Google Home, Kini Boleh Ditempah!
Masih ingat Google Home yang sebelum ini telah diperkenalkan di acara tahunan Google I/O 2016? Peranti speaker dengan microphone aktif yang dikenali sebagai Google Home ini akan menggunakan teknologi Google’s Assistant bagi mengenal pasti arahan, soalan dan juga tugasan yang anda berikan kepadanya.
Peranti berbentuk silinder ini dicipta sebagai peranti universal yang boleh berhubung dengan peranti lain, terutamanya yang menggunakan ekosistem Google. Ia juga mengatasi kelemahan masalah yang kurang efisien apabila digunakan secara berkelompok, contohnya apabila anda menghubungkan dua peranti yang berada di bilik berasingan, arahan dan soalan yang anda berikan akan dijawab oleh kedua-dua peranti menjadikan tugasan yang diterima berganda.
Google Home juga boleh berhubung dengan peranti Cast-compatible (peranti yang boleh digunakan dengan Chromecast).
Google Home sudah boleh ditempah mulai hari ini di Amerika Syarikat, dan akan mula dijual pada 4 November 2016 dengan harga USD 129 (kira-kira RM 534).

