‘Study With Australia’ bakal Beri Akses kepada Pendidikan Secara Global

LONDON dan CANBERRA, Australia,

24 April 2020

/PRNewswire/ — Suruhanjaya Perdagangan dan Pelaburan Australia (Austrade) menjalin kerjasama dengan platform pembelajaran sosial, FutureLearn.com, bagi menyediakan kursus-kursus dalam talian secara percuma dan membantu pelajar-pelajar agar terus mendahului keluk pembelajaran.

The Australian Trade and Investment Commission (Austrade) has partnered with social learning platform, FutureLearn.com to provide free online courses and help students stay ahead of the learning curve.
The Australian Trade and Investment Commission (Austrade) has partnered with social learning platform, FutureLearn.com to provide free online courses and help students stay ahead of the learning curve.

Austrade mempromosikan Australia sebagai destinasi dan rakan kongsi pilihan untuk pelajar-pelajar antarabangsa melalui inisiatif Study Australia. FutureLearn bersama-sama dimiliki oleh Open University UK dan SEEK Group serta mempunyai seramai 12 juta pelajar di seluruh dunia dan hampir seperempat daripada universiti yang terkemuka di dunia menjalin perkongsian dengannya.

Ketua Pendidikan Global Austrade Rebecca Hall berkata, “Ramai pelajar yang telah terkesan akibat sekatan perjalanan yang dikenakan di seluruh dunia. Menyediakan akses kepada sumber pembelajaran dalam talian yang berkualiti tinggi daripada penyedia pendidikan Australia yang terkemuka merupakan cara mudah yang membolehkan kami terus menyokong pelajar-pelajar antarabangsa dalam matlamat pendidikan dan pembelajaran mereka semasa waktu yang mencabar ini.

“Meskipun universiti-universiti Australia telah bertindak pantas untuk menerima teknologi dan inovasi digital, peristiwa yang berlaku baru-baru ini memerlukan peralihan pantas dibuat terhadap pembelajaran dalam talian dan FutureLearn akan memberi pelajar-pelajar antarabangsa kami dengan pas digital untuk pembelajaran dalam talian.

“Projek perintis bersama FutureLearn ini akan membolehkan kami menyediakan akses dalam talian secara percuma kepada pelbagai jenis kursus daripada institusi-institusi pendidikan Australia yang terkemuka, membiarkan akses kepada pembelajaran dibuka sewaktu perjalanan antarabangsa dihadkan,” kata Cik Hall.

Ketua Pegawai Eksekutif FutureLearn Simon Nelson berkata, “FutureLearn berbangga dapat bekerjasama dengan Austrade untuk membantu memberi tumpuan pada penawaran pengajian tinggi Australia yang luar biasa.

“Misi kami adalah untuk meluaskan akses kepada pendidikan pada skala global. Kami telahpun bekerjasama dengan beberapa rakan kongsi pengajian tinggi Australia untuk melaksanakannya melalui rangkaian luas kursus berkualiti tinggi, ijazah dan kini mikrokelayakan. Melalui perkongsian bersama Austrade ini, kami akan terus merealisasikan misi kami.”

Kempen ‘Study with Australia akan disediakan sehingga akhir Jun, bagi membolehkan institusi-institusi pengajian tinggi Australia dan penyedia latihan Bahasa Inggeris menonjolkan tawaran dalam talian mereka dalam kursus perniagaan, teknologi digital, STEM, penjagaan kesihatan dan pengajaran, antaranya.

Semua universiti Australia diundang untuk mengambil bahagian dalam wadah pembelajaran dalam talian ini dan dimasukkan ke dalam direktori rakan kongsi Australia di FutureLearn.com.

Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/04/study-with-australia-bakal-beri-akses-kepada-pendidikan-secara-global-1.jpg  
Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/04/study-with-australia-bakal-beri-akses-kepada-pendidikan-secara-global.jpg

Keywords: Computer/Electronics Education Higher Education Multimedia/Online/Internet New products/services

Source: PRNEWSWIRE

You might also like