- Iklan -

Pecah Rekod: Siri HUAWEI MateBook Terjual Lebih Daripada 1,000 Unit Dalam Hanya 2 Bulan!

Mula diperkenal pada Februari 2018, kehadiran Siri HUAWEI MateBook ternyata mendapat perhatian dan disambut baik oleh ramai pengguna di seluruh dunia.

Namun apa yang lebih mengujakan, jualan siri HUAWEI MateBook dikatakan pecah rekod apabila berjaya terjual lebih daripada 1,000 unit dalam tempoh hanya 2 bulan dan Malaysia merupakan negara yang paling berjaya mencapai rekod terbaik sepanjang masa!

Di samping itu, HUAWEI MateBook X Pro kini boleh didapati di lebih 60 negara lain di seluruh negara yang mana meliputi Eropah, Amerika Utara dan Selatan, Lautan Pasifik dan Afrika.

Tidak hanya terhenti di situ, komputer riba pertama di dunia yang hadir dengan paparan sentuh Fullview ini turut menerima banyak pengiktirafan daripada pelbagai pihak terkemuka termasuklah anugerah ‘Best of MWC 2018’

Bagi yang berminat,  siri HUAWEI MateBook kini sudah boleh didapati melalui kedai rasmi atas talian HUAWEI atau gedung membeli belah atas talian lain seperti Lazada pada harga seperti di bawah :

MODEL / VERSI HARGA

HUAWEI MateBook D

RM2,999

HUAWEI MateBook X Pro i5

RM4,999

HUAWEI MateBook X Pro i7

RM6,999

______________________________________________________________________

Artikel Berkaitan :

You might also like