
YeeCall, Panggilan Video Berkualiti Tinggi
YeeCall adalah aplikasi sosial yang menawarkan panggilan video berkualiti tinggi. Mod panggilan video pula boleh ditetapkan untuk perseorangan dan juga panggilan berkumpulan sehingga maksimum dua puluh orang pemanggil dalam satu panggilan kumpulan. Kualiti video yang baik menjanjikan anda dapat melihat dan berinteraksi dengan jelas dalam panggilan.
Selain panggilan video, YeeCall juga mempunyai fungsi panggilan HD, developers mengaplikasikan teknologi Advanced Noise Removing Technology (ANRT) yang akan mengesan bunyi latar dan menapisnya dari didengari ketika panggilan dibuat. Fungsi ini juga menganalisa kelajuan internet anda dan akan menala data Internet yang keluar masuk bagi memastikan panggilan kekal stabil ketika aktif.