
Dell Memperlihatkan Surface Studio PC Mereka
Microsoft mengumumkan Surface Studio yang dibina bagi pengguna yang terlibat dengan media kreatif secara profesional. Dan hari ini, Dell menyiarkan sebuah video teaser yang memperlihatkan sebuah PC yang berfungsi dan kelihatan ala-ala Surface Studio dari Microsoft.
Bagaimanapun, teaser itu tidak menunjukkan sebarang informasi spesifikasi dan harga, namun kita dapat melihat dengan jelas sebuah PC dengan dua skrin dan input tambahan dial seperti yang dibangunkan Microsoft. Dell kemudiannya mengesahkan bahawa mesin akan diumumkan pada CES 2017 melalui laman twitter mereka.
Tidak hairanlah jika selepas ini semakin banyak pengeluar akan menawarkan PC profesional untuk pereka grafik dengan fungsi dial yang hebat ini. Microsoft secara terang-terangan mengalukan pihak ketiga dan mana-mana syarikat untuk bekerjasama dengan mereka dalam pembangunan unit dial ini. Jika anda belum tahu apa itu dial dan kemampuannya, bolehlah tonton video pada garis masa 0.25, memang cool habis dial ni.
https://www.youtube.com/watch?v=jurc3SxztGw





