
Pengguna Twitch Kini Boleh Strim Pada Kualiti 1080p 60fps
Twitch mempunyai komuniti yang cukup besar, dengan majoriti penggunanya terdiri dari pengikut setia dunia permainan. Kini pengguna Twitch sudah boleh mula menonton video strim pada kualiti 1080p 60fps di mana pada kualiti Full HD ini anda akan dapat melihat gambar yang lebih baik dengan pergerakan di dalam video yang lebih nyata.
Anda boleh lawati Twitch Inspektor dan memeriksa sekiranya anda sudah boleh bersedia menggunakan fungsi baru ini. Sekiranya anda masih belum dapat mengakses fungsi ini, jangan risau kerana Twitch akan melancarkan kemas kini secara berkala dan anda akan dapat menggunakannya tidak lama lagi.

