Kemas Kini Terbaru Huawei Mate 10 Bawa Aplikasi Microsoft Translator

Huawei Mate 10 adalah telefon pintar pertama di dunia yang dilengkapi NPU (Neural Network Processing Unit) bersama cip berkuasa Kirin 970. Penawaran tahap tertinggi yang ditawarkan pada peranti ini membolehkan pengguna menggunakan kamera Leica ini dengan lebih bijak lagi.

Apa yang terbaru diumumkan oleh Huawei hari ini ialah kemas kini ALP-L29 8.0.0.115 (C636) membawakan ciri aplikasi penterjemahan yang dipanggil Microsoft Transalator. Aplikasi ini berfungsi dimana ia mampu menterjemah sesuatu perkataan atau ayat kepada 60 bahasa sekaligus amat sesuai digunakan apabila pengguna berada di luar negara.

Ia boleh mengalihkan perkataan atau ayat, suara, perbualan, dan gambar tanpa memerlukan sambungan internet. Bahasa untuk diterjemah boleh dimuat turun secara offline dan disimpan di dalam aplikasi ini.

Contoh bahasa yang diterjemahkan

Huawei Mate 10 hadir dengan pemproses AI (artificial Intelligence) yang mampu mengalihkan bahasa dengan begitu pantas malah dengan sokongan NPU pengguna dapat menerima info dan maklumat tanpa sebarang isu.

Ia juga dipaparkan pada skrin FullView bersaiz 5.9 inci dengan paparan nisbah 16:9 berbingkai nipis. Tontonan hiburan juga lebih menyerlah dengan sokongan HDR10 yang begitu tajam dalam menghasilkan warna. Melalui bateri sebesar 4,000mAh, pengguna akan disediakan waktu bateri yang cermat yang mampu bertahan untuk seharian.

Pada harga RM2,699 seunit, anda tidak lagi perlu berbelanja besar untuk mendapatkan peranti tercanggih daripada Huawei.

You might also like