
Huawei Cuba Memalukan Apple Dengan Video Acah Mate 10

Pada awal tahun ini Huawei telah memperkenalkan P10 Lite, P10, dan P10 Plus. Bagaimanapun, menjelang akhir tahun ini Huawei bersedia untuk melancakan sesuatu dan mereka memilih 16 Oktober sebagai hari pelancaran flagship terbaru dikenali sebagai Mate 10.
Peranti phablet itu akan diperkenalkan dengan skrin hampir tiada bingkai dan menjadi yang pertama menggunakan cip tercanggih Huawei iaitu Kirin 970. Seperti biasa, bagi tujuan pemasaran syarikat China ini mengambil kesempatan dengan mengeluarkan satu video acah mempersendakan pesaing terdekatnya, Apple.
https://www.facebook.com/HuaweiMobileSG/videos/1714686458541560/
Dalam video itu, Apple dimalukan dengan wajah badut yang cuba membuka peranti menggunakan ‘FaceID’ tetapi gagal kerana masalah teknikal. Dalam pada itu, Huawei dilihat akan menggunakan sistem keselamatan yang jauh lebih baik berbanding apa yang digunakan oleh Apple sekarang ini.
Bukan itu sahaja, Samsung turut diperlekehkan sewaktu Galaxy Note 8 ingin dilancarkan sebelum ini. Imej acah terdahulu melihatkan Huawei memakai tanda pagar #beyondthegalaxy seolah-olah produk keluaran Oktober ini akan mengatasi phablet tercanggih Samsung.
Melalui perang psiko ini, mampukah Mate 10 menduduki tempat pertama tahun 2017 sebagai telefon pintar paling berinovasi? Kita tunggu sahaja.

