Samsung Galaxy A80 Edisi BlackPink Bakal Diperkenalkan Ke Pasaran Malaysia!

Topik hangat Samsung kebelakangan ini tentunya mengenai siri Galaxy Note 10 yang bakal dirasmikan di acara Galaxy Unpacked 2019 pada 7 Ogos nanti. Selain siri Note, Samsung juga membawa barisan peranti baharu dalam siri Galaxy A yang memfokuskan golongan pemuda pemudi masa kini.

Seperti yang diketahui, kumpulan Kpop terkemuka BlackPink telah menjadi duta kepada siri Galaxy A dan terbaru Galaxy A80 Edisi BlackPink telah pun bermula dijual di pasaran Singapore. Apa kata pasaran tempatan? Selepas menyemak laman rasmi Samsung Malaysia, didapati edisi khas ini besar kemungkinan akan dibawa masuk kemudian.

[ Reviu Eksklusif: Samsung Galaxy A80, Adakah Berbaloi Untuk Dimiliki? ]

Untuk maklumat yang lebih lanjut, harus menunggu berita baik dari pihak Samsung kerana setakat ini peranti ini masih tidak dilancarkan di Malaysia, hanya pengedar DirectD membuka sesi pra-tempahan untuk peminat model ini.

Edisi BlackPink ini hadir bersama kotak pembungkusan berwarna merah jambu, di dalamnya termasuk sebuah sarung pelindung, dok pengecas dan kad gambar.

_____________________________

Artikel Berkaitan:

 

You might also like