Tarikh WWDC 2019 Terdedah, Mungkin Berlangsung Pada 3 Hingga 7 Jun

Dalam 1 laporan yang dikeluarkan oleh Macrumors telah mendedahkan bahawa World Wide Developers Conference 2019 (WWDC 2019) bakal berlangsung pada 3 hingga 7 Jun di McEnery Convention Center di San Jose, California.

Dalam laporan tersebut mendedahkan tarikh-tarikh WWDC pada tahun-tahun sebelum ini yang memperlihatkan bahawa pada tahun 2018, WWDC berlangsung pada 4 – 8 Jun 2018 manakala pada Jun 2017 pula ia berlangsung pada 5 hingga 9 Jun 2017. Jadi tarikh yang didedahkan untuk tahun ini berkemungkinan besar adalah tepat.

Hal ini diperkukuhkan lagi menurut sumber yang diperolehi, pada minggu tersebut terdapat satu majlis besar-besaran akan berlangsung di McEnery. Sementara itu pada minggu kedua dan keempat bulan Jun, akan berlangsung O’Reilly Velocity conference pada 10 hingga 13 Jun dan Sensors Expo pada 25 hingga 27 Jun di McEnery.

Rentetan daripada itu, 1 kalendar majlis 2019 telah ditemui dari Pejabat Hal Ehwal Kebudayaan Bandar San Jose yang telah menyenaraikan WWDC Bash di Discovery Meadow pada petang khamis bersamaan 6 Jun. Majlis tersebut dinamakan “Team San Jose 2019 WWDC” yang dianjurkan oleh ‘Apple’.

 

________________________________

Baca juga:

You might also like