Ujian Benchmark Android Q Terdedah Dalam Google Pixel 3 XL?!

Sistem operasi Android Pie telah dilancarkan secara rasminya selama tiga bulan, dan pengeluar peranti pintar sedang giat mengedarkan senarai kemas kini untuk menyesuaikan peranti mereka.

Terkini, Google sedang melancarkan ujian pembangunan sistem operasi bagi generasi akan datang iaitu Android Q. Menurut gambar tertiris, Google telah menggunakan Pixel 3 XL dalam ujian benchmark GeekBench 4.3.

Dari hasil ujian tersebut Pixel 3 XL mencapai skor 2,404 bagi single-core, manakala skor 8,510 bagi multi-core, jelas nampak tiada perbezaan ketara pada Android P dan Q. Apakah ciri-ciri baharu yang bakal diperkenalkan? Tunggu sahaja ketirisan selanjutnya…

___________________________________________________________

Baca Juga:

 

 

You might also like