
Android 8.0 Oreo Sudah Rasmi!

Google secara rasminya telah mengumumkan nama akhir bagi Android O. Sistem operasi terbaru ini sudah mendapat nama sebenarnya, iaitu Android 8.0 Oreo. Ya, jangkaan kita betul kerana Google sering kali menggunakan perkataan yang diambil daripada makanan manis. Ini adalah kali kedua pihak Google berkerjasama dengan syarikat pengeluar makanan. Sebelum ini Android 4.4 Kitkat (Nestle), kali ini syarikat Mondelez pula mengambil tempat.
Android 8.0 Oreo menawarkan sejumlah ciri-ciri yang baru, ini temasuk tahap penjimatan kuasa yang lebih efisyen, sistem operasi yang lebih lancar, pemprosesan yang lebih pantas, dan ruangan memori yang lebih terurus. Seperti yang sedia maklum, Android Oreo akan menawarkan kemaskini seperti antaramuka, emoji, Picture-in-Picture (PIP), notifikasi, dot notifikasi, permesejan dan ciri-ciri menarik yang lain.

Di samping itu, Google juga menyatakan sehingga akhir tahun ini beberapa telefon pintar seperti Essential, General Mobile, Huawei, HMD Global (Nokia), HTC, LG, Motorola, Kyocera, Sharp, Sony, dan Samsung akan mengguna pakai sistem OS terbaru ini. Apa yang pasti, Google Pixel 2 dan Google Pixel 2 XL antara yang terawal memilikinya.

