HP Tampil Dengan Spectre 13 – Laptop Sesentuh Ternipis Dunia Pada Harga Bermula RM5,899

HP Malaysia hari ini memperkenalkan sebuah komputer riba terbaru yang diberi nama HP Spectre 13. Laptop ini merupakan laptop sesentuh paling nipis di dunia. Produk generasi terbaru ini kini dipertingkatkan dari segi ketahanan bateri, paparan, dan rekaan yang lebih berkotak serta moden.

Laptop premium ini mensasarkan pengguna dari golongan yang bekerja dalam persekitaraan pejabat. Ia dilengkapi dengan paparan hiburan yang imersif melalui skrin FHD Corning Gorilla Glass bersama sistem audio berkualiti tinggi. Dikuasakan dengan pemproses generasi ke-8 Intel Core i5 dan i7, Spectre 13 dijual pada harga bermula RM5,899 seunit.

Papan kekunci yang lebih kompak

Untuk mengekalkan laptop ini sentiasa berprestasi dalam keadaan baik, HP telah membekalkan memori RAM sebesar 8GB LPDDR3 dan storan SSD sebanyak 512GB. Daya ketahanan bateri pula menyokong penggunaan sehingga 11.5 jam dengan 50% dalam 30 minit pengecasan.

HP Spectre 13 mula menyediakan bicu USB-C

HP Spectre yang dibina berasaskan aluminium serta kemasan karbon fiber ini hadir dengan warna Ceramic White dan Pale Gold atau boleh memilih warna Dark Ash Silver bersama kemasan tembaga.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang HP di sini.

You might also like