Vivo Malaysia Tawar Diskaun Istimewa V11i & Y81i – Harga Bermula RM499

Bersempena dengan sambutan Hari Krismas tidak lama lagi, Vivo Malaysia sekali lagi membawakan tawaran istimewa buat semua apabila menawarkan potongan harga jualan melibatkan dua model telefon pintar iaitu Vivo V11i dan Vivo Y81i.

Vivo memberikan diskaun antara RM100 sehingga RM200. V11i kini dijual pada harga RM1,099 (Harga asal : RM 1,299). Manakala, Y81i pula ditawarkan pada tanda harga RM 499 (Harga asal : RM599).

Promosi bermula HARI INI dan pembelian boleh dibuat di semua kedai konsep Vivo dan kedai atas talian seperti vivo store, Lazada, Lmall, 11 Street dan Shopee. Maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Vivo Malaysia.

_________________________________________________________________

Baca juga :

You might also like