
Grab kini semakin berkembang pesat dalam menyediakan perkhidmatan e-hailing terbaik untuk semua. Mereka juga telah melancarkan dompet digital, GrabPay dan berbesar hari apabila terpilih untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif e-Tunai dalam usaha menggalakkan lagi penggunaan ekonomi digital.

GrabPay telah diperkenalkan sejak setahun lalu dan pihak Grab melihat budaya tanpa tunai kini bergerak maju ke hadapan melangkaui masa dengan perubahan tabiat pembayaran pengguna dalam jangka masa panjang. Ia adalah selari dengan visi Grab untuk menjadikan e-dompet kepada Rakyat.
Dalam pada itu, Grab turut berkongsi perasaan teruja apabila pengguna GrabPay kini meningkat sebanyak 6 kali ganda – termasuk proses penukaran pengguna berasaskan tunai untuk memiliki dompet GrabPay. Di samping itu, 1 daripada 5 pengguna yang menerima pembayaran RM30 telah membuat urus niaga – di mana 70% dibelanjakan dalam kalangan penjual GrabPay.

Pada masa sama, mereka sangat gembira dengan pencapaian ini dan menjangkakan bilangan ini akan meningkat pada hari – hari mendatang. Muat turun aplikasi Grab menerusi : Google Play | App Store
Artikel Berkaitan:
- Projek Perintis GrabBike Kini Bermula Di Malaysia, Lokasi Terpilih – Lembah Klang
- Pendaftaran Bagi Program GrabBike Kini Dibuka! – Bakal Ditawarkan Pada Pengguna Januari Tahun Hadapan?
- Program ‘e-Tunai Rakyat’ Insentif RM30 – Jom Claim Sekarang & Rebut Ganjaran Ekstra Best!
- Program ‘e-Tunai Rakyat’ Insentif RM30 – Eh, Macam Mana Nak Tebus?

