
Gambar Terkini Siri HUAWEI P40 Terdedah?! Skrin Melengkung Kembali?
Semakin banyak berita tertiris mengenai siri HUAWEI P40, tetapi manakah menjadi pilihan anda? Terbaru, gambar bocor (konsep?) siri P40 tertiris pula di laman sesawang memperlihatkan reka bentuk yang berbeza berbanding sebelumnya.
Melalui gambar tertiris, siri baharu ini menggunakan skrin melengkung yang sebelum ini digunakan pada Mate 30 Pro. Selain itu, paparan skrin penuh terletak dua takuk kecil di tengah-tengah skrin.
Untuk bahagian panel belakang, rekaan kamera agak unik di mana ia menggunakan susunan tangga yang tidak pernah hadir pada mana-mana peranti pintar. Adakah ini rekaan sebenar siri P40 yang akan datang, atau sekadar rekaan konsep dari peminat HUAWEI? Kita nantikan sahaja pengumuman rasmi dari pihak HUAWEI.
_______________
BACA JUGA KETIRISAN SIRI HUAWEI P40…
- [TERTIRIS] : Sistem Kamera Serba Baharu? Adakah Ini Gambaran Sebenar HUAWEI P40 Pro?
- [Ura-Ura] : Panel Belakang HUAWEI P40 Pro Mungkin Kelihatan Seperti Ini? Ye Ke Ni?
- [Ura-Ura] : Lensa Periskop Pada HUAWEI P40 Pro Sokong Keupayaan 10X Zoom Optik?
- HUAWEI P40 & P40 Pro Bakal Tiba Pada Penghujung Mac Tahun Hadapan
- [Ura-Ura] : HUAWEI P40 Bakal Dibina Dengan Skrin Bersaiz 6.57″ Bersama Paparan Melengkung?

