
Samsung baru sahaja memperkenalkan model televisyen terbaharu yang mana ia memberi fokus kepada televisyen QLED 8K. Pastinya televisyen ini menyokong paparan kadungan dengan beresolusi 8K yang memberikan kualiti paparan yang terbaik, warna yang lebih berkualiti. Turut disertakan dengan cip pemprosesan Quantum Processor membantu anda menonton kandungan resolusi rendah pada kualiti 8K.
Lebih menarik lagi, pengguna dapat menikmati kandungan HDR10+ pada televisyen ini. Ia dikhabarkan turut menyokong HDMI 2.1 bagi membolehkan proses pemindahan kandungan bagi resolusi 8K 60P.
Samsung telah memperkenalkan 3 model di bawah 8K Smart QLED iaitu 75 inci, 82 inci dan 98 inci yang mana masing-masing dijual pada harga RM59999, RM99999 dan 299999.
Dalam pada itu, Samsung turut menawarkan model 4K Smart QLED TV dengan 2 saiz iaitu 49 inci dan 75 inci, masing-masing dijual pada harga RM4,999 sehingga RM19,999.
_______________
Baca juga:
- Samsung Perkenal Tablet Terbaharu Galaxy Tab S5e, Galaxy Tab A10.1, dan Galaxy Tab…
- Samsung Umum Galaxy A70 Kini Tersedia Di Pasaran Malaysia!!!
- Kempen Rebat RM400 Bagi Pembelian Samsung Galaxy Note 9 Dilanjutkan Hingga 14 Mei 2019
- Samsung Tunda Pelancaran Galaxy Fold – Tarikh Baru Akan Diumumkan Kemudian

