
Lelaki Ditikam, Namun Meneruskan Misi Menangkap Pokemon
Seorang lelaki 22 tahun ditikam ketika memburu Pokemon di Oregon. Insiden bermula apabila beliau ketika itu sedang berjalan di waktu malam dan terseremapak dengan lelaki yang dilihatnya sedang bermain dengan smartphone. Secara spontan beliau menegur lelaki itu sama ada dia juga sedang bermain Pokemon Go, namun secara tiba-tiba lelaki tersebut bertindak ganas dengan menikam bahu mangsa.
Mangsa yang berlumuran darah kemudiannya singgah ke kedai berdekatan untuk membeli air minuman dan sedikit makanan bagi meneruskan misinya menangkap Pokemon di sekitar kawasan itu. Orang ramai yang berada di kedai tersebut menghubungi polis setelah melihat keadaan lelaki tersebut, namun mangsa pada mulanya menolak untuk mendapatkan rawatan kerana mahu meneruskan misinya.
Begitu taksub sekali dunia dengan permainan ini, bagi mereka yang ingin bermain permainan Pokemon Go apabila ia dilancarkan di Malaysia kelak, berhati-hatilah kerana jenayah dan insiden boleh berlaku pada bila-bila masa.
BACA JUGA:
- Nilai Nintendo Meningkat 7.5 Bilion Hanya Kerana Permainan Pokemon GO
- Petisyen Pokemon Go
- Pokemon Sun Dan Moon Akan Hadir Pada Hujung Tahun 2016

