
Tiga Minggu Lagi Untuk Perasmian Galaxy Note 7!
Tarikh 2 Ogos nanti pasti dinanti-nantikan peminat Samsung kerana mereka baru sahaja mengumumkan bahawa Galaxy Note 7 akan diperkenalkan secara rasmi pada hari tersebut. Peranti phablet ini akan ditunjukkan pertama kali buat umum pada acara Samsung Unpacked 2016 di New York dan kami akan memberikan perkembangan semasa berkenaan acara tersebut.
Mengikut ura-ura Galaxy Note 7 bakal dilengakapi skrin 5.7 inci AMOLED QHD, RAM 6GB, 12 megapiksel kamera utama dan juga yang paling menarik perhatian adalah fungsi keselamatan pengimbas anak mata. Berdasarkan spesifikasi tersebut kita boleh menjangkakan bahawa model ini bakal menggegarkan pasaran dengan ciri dan fungsi terbaik, dan pastinya kita tidak sabar-sabar menunggu pengumuman harga Galaxy Note 7, agak-agak berapa ya?
BACA JUGA:
- Hello Samsung Galaxy Note 7
- Pendedahan Casing Keluaran Olixar Memberi Petunjuk Rekaan Samsung Galaxy Note 7

