
Bermula 6 September (hari ini) sehingga 12 september 2018, anda boleh membuat tempahan awal untuk telefon pintar terbaru keluaran vivo iaitu V11 dan V11i di Senheng dan senQ.
Lebih menarik, para pelanggan yang membuat pra-tempahan tersebut akan menikmati potongan sebanyak RM25 di samping menerima satu set hadiah percuma bernilai RM265!

Bercakap mengenai telefon pintar terbaru didalam siri V ini, peranti ini akan hadir dengan rekaan takuk kecil semirip titisan air yang dikenali sebagai “Halo FullView Display” bersama sokongan sensor cap jari.
Selain itu, V11 juga dikhabarkan akan dilengkapi dengan Dual Charging Fast Engine yang membawa pengalaman pengisian yang lebih cepat di samping menawarka dua warna yang eksklusif iaitu Starry Night dan Nebula.

Daripada segi pemproses pula, V11 datang dengan Snapdragon 660 AIE dan 6GB RAM manakala V11i dilengkapi dengan MediaTek P60 dan RAM 4GB. Kedua-dua peranti menyediakan ROM 128GB yang membawa anda simpanan yang lebih besar.
Baca juga :
- Vivo V11 Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia?
- Vivo V11 Melepasi Pengesahan SIRIM! Pelancaran Di Malaysia Tidak Lama Lagi!
- Pra-Tempahan vivo V11 Kini Dibuka!
- [Tertiris] Skor Ujian Benchmark vivo V11 Kelihatan Menarik
- Vivo V11 Dilengkapi “Halo FullView Display” Bersama Dua Warna Eksklusif
- Vivo V11 Dilengkapi Dual Fast Charging Engine Yang Cepat Dan Selamat!
Untuk butiran lanjut mengenai pra-tempahan ini, anda boleh layari laman rasmi Senheng atau senQ.

