Video Acah Mi Mix 2s Gunakan Snapdragon 845?

Seperti yang diketahui, Xiaomi Mi Mix 2 sudahpun berada di pasaran Malaysia pada bulan lepas. Ia sebuah peranti yang mengenakan skrin hampir penuh dengan bezel nipis di bahagian atas. Terkini, pihak Xiaomi telah mengesahkan generasi terbaru Xiaomi Mi Mix 2s akan didatangkan dengan cip pemproses berprestasi tinggi Qualcomm Snapdragon 845 berbanding Mi Mix 2 menggunakan Snapdragon 835.

Melalui laman Weibo, China, sebuah video acah telah dikongsi bersama. Ia memperlihatkan tulisan berbahasa Cina bertanyakan “Berapa cepat Snapdragon 845 anda?”. Snapdragon 845 merupakan cip keluaran terbaru Qualcomm yang canggih dengan prestasi jauh lebih baik daripada versi terdahulu. Difahamkan cip ini akan digunakan di kebanyakan telefon pintar induk oleh para pengeluar.

Disamping lengkap dengan cip canggih, Xiaomi Mi Mix 2s dilengkapi skrin 6.01-inci OLED 18:9 bersama lensa kamera Sony IMX363 serta RAM 8GB dan storan sehingga 256GB. Menariknya, terdapat gambar yang tertiris menunjukkan peranti ini akan mengguna pakai sistem keselamatan pengimbas cap jari pada skrin seakan vivo X20 Plus UD.

Sumber

You might also like