
Rupa Sebenar Huawei Mate 10 Pro Tertiris?

Bulan ini Huawei bakal melancarkan produk terbarunya yang diberi nama Mate 10 di pasaran dunia. Seperti biasa, sebelum pengenalannya secara rasmi, terdapat beberapa ketirisan yang berlaku. Melalui @evleaks, dia telah berkongsi beberapa gambar melihatkan rekaan Huawei Mate 10 dan skema warna yang akan dikeluarkan kelak.
Dalam gambar tersebut, kita boleh melihat muka depan Mate 10 akan hadir dengan paparan nirbingkai malah di bahagian belakangnya pula menerima konfigurasi dwi kamera Leica Summilux-H 1:1.6/27 secara menegak. Jika di-Zoom secara dekat pada kamera utama ini, ia jelas tertulis nilai aperture serendah f/1.6 turut sama dibekalkan.
Selain daripada itu, Huawei Mate 10 juga akan dilengkapi cip berkuasa Kirin 970 bersama sambungan USB Type-C yang menyokong audio 32-bit. Dalam masa yang sama, berkemungkinan Huawei akan mengeluarkan tiga varian iaitu Mate 10, Mate 10 Lite, dan Mate 10 Pro (Porsche Design) dengan spesifikasi luaran dan dalaman yang berbeza.

