Jom Raikan Raya Anda Dengan Barang Keperluan Harian Percuma Dari Celcom!!

Sepanjang bulan Ramadan yang mulia dan Aidilfitri yang bakal tiba, rakyat Malaysia boleh meraikan perayaan tersebut pada tahun ini dengan berbeza dan kreatif kerana syarikat telekomunikasi tersebut menawarkan peluang untuk memenangi barang keperluan harian secara percuma. 

Mulai 12 Mei 2020 sehingga 31 Julai 2020, semua pelanggan prabayar Celcom Xpax dan pelanggan pascabayar Celcom yang layak,berpeluang memenangi barang runci / barang keperluan harian percuma selama setahun daripada jumlah bernilai RM500,000 yang akan diberikan.

Untuk mengambil bahagian dan memperoleh penyertaan, pelanggan Celcom hanya perlu melakukan transaksi seperti membeli pas Internet, mendaftar pelan baru, membayar bil dan banyak lagi. Urus niaga ini boleh dilakukan secara dalam talian atau di mana-mana cawangan bluecube Celcom dan wakil Celcom yang sah. Sepanjang tempoh peraduan, dengan semakin banyak transaksi yang dilakukan oleh pelanggan di akaun mereka yang aktif, maka semakin tinggi peluang mereka untuk menang.

Untuk memastikan pemenang mempunyai kebebasan sepenuhnya dalam menebus barang runcit/keperluan asas di seluruh negara, pemenang akan mendapat kredit e-dompet Boost di akaun Boost mereka. Pemenang mingguan akan menikmati kredit runcit bernilai RM100 manakala pemenang kategori satu tahun akan menerima kredit runcit RM1,000 selama 12 bulan berturut-turut, dalam aplikasi Boost. 

Pelanggan Celcom boleh memeriksa entri terkumpul mereka melalui aplikasi Celcom Life. Pemenang akan ditentukan berdasarkan penyertaan yang dikumpulkan setiap minggu (Isnin hingga Ahad) untuk Hadiah Mingguan dan setiap bulan (Mei, Jun dan Julai) untuk Hadiah kategori satu tahun. Senarai pemenang akan diumumkan di halaman kempen Raya Celcom atau dimaklumkan melalui aplikasi Celcom Life.

Selain itu, untuk meraikan semangat Ramadan dan Raya yang meriah, semua pelanggan Celcom bakal menikmati akses tanpa had untuk aplikasi WhatsApp secara percuma sehingga 30 Jun 2020, dan akses tanpa had percuma ke aplikasi Microsoft Office 365 bagi yang bekerja dari rumah sehingga 9 Jun 2020.

Di samping itu, mulai 12 Mei hingga 30 Jun 2020, pelanggan Celcom juga dapat menikmati akses tanpa had PERCUMA ke MuslimPro, aplikasi mudah alih Islam dengan kandungan waktu solat yang tepat, jam azan, Al-Quran audio penuh, panduan restoran & masjid Halal, pencari arah kiblat, kalendar Hijriah Islam dan banyak lagi. MuslimPro boleh didapati di App Store (iPhone), Google Play (Android), BlackBerry World dan laman web di www.muslimpro.com.

 

 

You might also like