
OPPO bukan sahaja terus menghasilkan telefon pintar yang berkuali, namun, earphone terbaharunya yang dikenali sebagai OPPO Enco Air pastinya tidak ketnggalan dalam memberikan kehebatan yang lebih ungul bagi pengguna. Jadi, Jom kita lihat prestasi peranti ini.

Reka Bentuk Keseluruhan
Secara keseluruhan, peranti ini hadir dalam warna Misty White, Misty Black dan Misty Blue. Dan ditangan editor sekarang adalah warna Misty Black yang sangat cantik. Reka bentuk casing separa lut sinar yang unik dan ramping bukan sahaja menggembirakan mata, tetapi juga dilengkapi dengan rasa premium di tangan dengan kemasan lembut dan matte. Diilhamkan oleh keindahan alam semula jadi, reka bentuk akan menjadi cinta anda pada pandangan pertama.

Dengan reka bentuk ultra-ringan yang direka khas untuk bentuk telinga anda, anda hampir tidak akan melihat earbud anda melayang di sana tanpa perlu risau jika ia akan kekal semasa anda aktif. Sangat selesa walaupun anda menggunakannya dalam tempoh waktu yang lama.
Kualiti Audio Spektrum penuh Dengan Definisi Tinggi!!
Apa yang berjaya menambat hati editor adalah keupayaan menghasilkan audio yang berdefinisi tinggi. Nikmati muzik anda dalam definisi yang bertenaga berkat pemacu dinamik komposit titanium 12mm dan penggalak power bass yang berfungsi secara harmoni untuk menyalurkan dan memperkuat setiap perincian.
Yang lagi syiok mengenai kualiti audio aperanti ini adalah treble yang hebat bersama dengan nada pertengahan yang kaya untuk menghasilkan semula muzik anda dengan sempurna.Beat muzik seperti lagu rancak memang syiok layan!!!
Satu ciri khas yang menarik perhatian editor adalah ia hadir engan algoritma audio binaural berasaskan Jaringan Neural Jaringan yang menghasilkan suara manusia seperti bagaimana suara mereka secara langsung, mikrofon dwi OPPO Enco Air dapat dengan berkesan mengambil vokal di mana-mana persekitaran untuk kejelasan yang lebih baik, ketika anda melakukan panggilan suara atau bermain dengan rakan. Min mencuba di kawasan yang agak bising, tetapi suara masih lagi dengar dengan jelas.
Audio Dengan Low Latency!!

Sebagai seorang yang bermain game di telefon bimbit, editor sangat teruja dengan OPPo Enco Air ini kerana kadar latency adalah sangat rendah berbanding dengan earphone yang lain. Jadi tidak hairanlah kelewatan transmisi 80 ms⁴ yang sangat rendah dalam Game Mode. Jadi pengalaman game anda sangat menyeronokkan!!
Sungguhpun dalah jarak yang jauh sedikit, audio masih lagi kedengan dengan jelas kerana spesifikasinya hadir dengan Bluetooth 5.2 generasi baru dapat menstabilkan isyarat dengan lebih baik walaupun di persekitaran yang penuh sesak dengan gangguan pelbagai peranti, seperti bas dan kereta bawah tanah yang sesak. Setelah disambungkan, transmisi stabil membolehkan anda menjelajah hingga 10 meter dari peranti anda untuk kemudahan dan kestabilan bebas tangan.
Cara menyambung OPPO Enco Air dengan telefon pintar anda
- Bukan penutup charging casing anda
- buka fungsi bluetooth di telefon anda
- Klik pada OPPO Enco Air
- Kini telefon anda telah disambung dengan OPPO Enco Air
Cara Penggunaan!!
- Ketuk 2 kali – untuk tukar track seterusnya
- Menjawab / Meletak panggilan – Ketuk 2 kali
- Pembantu suara – Ketuk3 kali
Apa Kata Editor

Secara Keseluruhan, OPPO Enco Air ini adalah sebuah earphone pada harga yang mampu milik yang tampil dengan ciri-ciri memukau seperti rekaannya dan kualiti audio yang terhasil sangat baik bagi kelasnya. Bagi yang meminati earphone yang ringan, ini adalah jawapannya. Tapi, bagi mereka yang suka earphone yang sedikit berat seperti editor, mungkin kekok sedikit pada awalnya, tetapi anda akan terbiasa dan dapat menikmati kehebatannya.