Samsung Galaxy Note FE Akan Dilancarkan Secara Global Bulan Ini

Sudah hampir setahun Samsung Galaxy Note7 diperkenalkan, malangnya hanya beberapa bulan selepas itu, Samsung telah menarik balik pengeluaran peranti ini seterusnya memberhentikannya. Oleh itu, ramai di antara pengguna agak terkilan dengan tindakan ini, walau bagaimanapun Samsung lebih mementingkan aspek keselamatan daripada perkara-perkara lain.

Laporan terbaru dikhabarkan, siri Note yang telah dinaik taraf ini akan bertemu pengguna serata dunia tidak lama lagi. Pihak pengeluar telah mengesahkan bahawa mereka telah menjual semula Note FE (Note7) sebanyak 400,000 unit di Korea Selatan sahaja. Versi antarabangsa Galaxy Note FE akan hadir dengan set cip Snapdragon 821 berbeza dengan versi asal yang hanya menggunakan Snapdragon 820. Cip ini juga telah diguna pakai pada peranti lain seperti Google Pixel, Pixel XL, HTC U Ultra dan LG G6.

Perbezaan lain merujuk kepada kapasiti bateri yang telah dikurangkan daripada 3,500mAh kepada 3,200mAh. Samsung dalam kajiannya menyatakan bateri yang telah dikurangkan ini mampu melakukan tugasan seharian tanpa perlu risau.

Punca Bateri Samsung Galaxy Note 7 Bermasalah

 

Samsung Galaxy Note FE versi antarabangsa akan dijual pada harga USD610 (kira-kira RM2,620) iaitu 20 peratus lebih murah berbanding harga asal semasa dilancarkan. Dalam masa yang sama Galaxy Note 8 juga akan dilancarkan secara rasmi pada akhir bulan Ogos atau awal bulan September kelak.

Tapi, adakah anda akan memilih Galaxy Note FE atau Galaxy Note 8??

You might also like