ASUS ZenFone 3 Zoom Tidak Ketinggalan Juga Menerima Android Nougat

Kemas kini Android Nougat untuk Siri ASUS ZenFone 3 telah diedarkan pada bulan Mac yang lepas, kini ASUS juga mula mengeluarkan kemas kini Android Nougat khusus kepada para pengguna ZenFone 3 Zoom (ZE553KL) termasuk pengguna di Malaysia. Kemas kini ini didatangkan dengan versi V20.31.49.2 bersama-sama Android 7.1.1.

Setiap kali sebelum memuat turun, kita akan dipaparkan dengan ‘change log’ iaitu maklumat ringkas kandungan kemas kini. Pada ZenFone 3 Zoom, ia dilaporkan akan menyokong fail RAW, Google Now dan Google Assistant bersama-sama ZenUI Launcher. Selain itu, tetapan pada Quick Settings juga kini boleh disesuaikan mengikut citarasa pengguna.

Kemas kini ini juga telah memadamkan aplikasi pihak ketiga yang tertentu. Bagi pengguna yang tidak sabar, anda perlu menunggu seminggu lagi untuk dimuat turun. Perlu diingatkan saiz muat turun kemas kini terbaru ini mencapai sehingga 1.1GB.

Anda juga boleh melihat Reviu Eksklusif eRing perbandingan ASUS Zenfone 3 Zoom melawan ZTE Blade V8 dan Apple iPhone 7 Plus.

 

Baca Selanjutnya…

 

You might also like