
Moto Z Play Menerima Kemas Kini Android 7.1.1 Nougat
Sebelum kemunculan Android O tidak lama lagi, banyak pengeluar sedang giat menyediakan kemas kini terbaru untuk peranti semasa mereka. Kali ini, model Moto Z Play pula menerima kemas kini Androird 7.1.1 Nougat iaitu pertama dalam telefon pintar Motorola selain OnePlus 3/3T dan juga Nextbit Robin .
Apa yang boleh didapati pada Android Nougat di Moto Z Play ialah:-
- Menerima peningkatan termasuk ciri multitasking baru, kawalan notifikasi lebih efisyen, meningkatkan lagi penjimatan data dan bateri.
- Aplikasi Video calling dengan rekaan yang ringkas dan mudah untuk diguna.
- Android Security ternasuk kemas kini untuk sistem keselamatan sehingga Jun 2017.
- Meningkatkan stabiliti pada peranti.
- Menyokong kemas kini platfom Moto Mods versi 2.0.
Perlu diingatkan juga ada di antara ciri seperti gesture pengimbas cap jari tidak disediakan pada Moto Z Play dalam kemas kini ini.

