
Celcom kini menawarkan peranti baru iaitu Huawei P10, Huawei P10 Lite, Xiaomi Redmi Note 4 dan OPPO R9s Plus bersama kontrak serta pelan pascabayar dengan harga yang telah disubsidikan.
Ditawarkan dengan pelan kontrak 24 bulan melalui Celcom First Platinum dan Celcom First Gold Plus, pengguna akan memperolehi data mencapai 60GB bersama panggilan tanpa had dan mesej tanpa had ke semua rangkaian pada setiap bulan.
Tambahan pula, pelanggan akan menikmati aplikasi sosial tanpa had, Yonder Music tanpa had dan Wifi Plus tanpa had seluruh Malaysia. Dengan hanya RM10 anda boleh menggabungkan data harian dan mingguan bersama.
Lebih menarik lagi, pelanggan yang mendaftar untuk Celcom First Platinum akan mendapat akses percuma ke Iflix secara percuma selama 12 bulan.


| Celcom First Gold Plus | Celcom First Platinum | |
| Komitmen Bulanan | RM 98 | RM 150 |
| Data (Harian + Mingguan) | 20GB + 20GB | 30GB + 30GB |
| Panggilan Percuma | Tanpa had ke semua rangkaian | Tanpa had ke semua rangkaian |
| Mesej Percuma | – | Tanpa had ke semua rangkaian |
| Kadar SMS | RM 0.20 / SMS | – |
| Huawei P10 (RRP: RM 2,357.55) |
RM 1,658 | RM 1,348 |
| Huawei P10 Lite (RRP: RM 1,225.47) |
RM 638 | RM 328 |
| Oppo R9s Plus (RRP: RM 2,356.60) |
RM 1,728 | RM 1,418 |
| Xiaomi Redmi Note 4 (RRP: RM 753.77) |
RM 338 | PERCUMA |

