
Pasang Kodi Di iOS Tanpa Jailbreak
Kodi adalah sebuah pelayar dan pemain media serba boleh yang popular di kalangan pengguna Android dan juga komputer. Hanya dengan memuat turun fail aplikasi dan melakukan tetapan, anda boleh menikmati pelbagai rancangan televisyen dan juga filem secara strim.
Namun Kodi agak sukar untuk diakses bagi mereka yang menggunakan sistem iOS tanpa jailbreaking. Hari ini sudah ada cara untuk mendapatkan Kodi tanpa anda perlu melakukan proses tersebut! Jom lihat!
- Untuk mendapatkan fail Kodi pada peranti iOS, anda perlu pergi laman web chiaseacc, jangan risau sekiranya anda tidak faham bahasa yang digunakan di dalam laman ini, anda cuma perlu cari bahagian muat turun dan dapatkan versi fail Kodi yang anda mahu.
- Tap butang Home untuk kembali ke paparan utama dan anda akan dapat melihat aplikasi sedang dimuat turun, tunggu sehingga muat turun selesai.
- Apabila muat turun selesai, peranti anda sudah mempunyai aplikasi Kodi. Namun ia masih belum bersedia untuk digunakan. Apabila anda tap ikon Kodi, anda akan melihat notifikasi “Untrusted Enterprise Developer – iPhone Distribution: CVT MEDIA COMPANY LIMITED has not been trusted on this iPhone. Until this developer has been trusted, their enterprise apps will not be available for use.”
- Apa yang anda perlu lakukan adalah, pergi ke paparan Settings > General > Device Management, kemudian cari bahagian CVT MEDIA COMPANY LIMITED dan beri kebenaran pada aplikasi ini dengan Trust “CVT MEDIA COMPANY LIMITED” > Trust.
- Kini Kodi sudah siap sedia digunakan pada peranti iOS anda.



