[ Tutorial ] Bahagian 02: Aplikasi Kodi, Cara Memasang Sarikata Bahasa, Penukaran Tema & Banyak Lagi…

logo_meitu_51Sebelum ini kami ada berkongsi tutorial untuk memasang aplikasi Kodi, jadi sekiranya anda berpuas hati dengan pengalaman penstriman video yang ditawarkan oleh aplikasi tersebut dan bercadang untuk terus menggunakannya di dalam peranti Android anda, kami akan berkongsi pula tutorial bagaimana caranya untuk memasang sarikata bahasa, penukaran tema, meletakkan ikon pintas add-on pada paparan menu utama dan banyak lagi. Jadi mari sama-sama kita pelajari cara untuk menjadikan pengalaman menonton filem atau siri TV pada Kodi menjadi lebih sempurna dan menyeronokkan…

 

TUTORIAL 1 – IKON PINTAS ADD-ON PADA MENU UTAMA

Untuk menonton filem ataupun siri TV menggunakan aplikasi Kodi, aspek yang paling penting adalah sokongan add-ons. Bagi memudahkan anda untuk mengakses add-on kegemaran, kami akan mengajar bagaimana caranya untuk meletakkan add-on pilihan terus pada paparan utama Kodi atau dengan kata lain menjadikannya sebagai shortcut atau ikon pintas untuk anda mengaksesnya.

langkah-1Langkah 1: Buka aplikasi Kodi dan klik pada menu SYSTEM

langkah-2Langkah 2: Klik pada menu Appearance pada senarai

langkah-3Langkah 3: Kemudian pada menu Skin, pilih sub-menu Settings

langkah-4Langkah 4:Pilih menu Add-on (Shortcuts) dan klik pada sub-menu Add-on 1 dalam ruangan Home page “Videos” submenu

langkah-5Langkah 5:Sebaik sahaja sub-menu Add-on 1 diklik, satu tetingkap akan dipaparkan. Pilih dan klik pada add-on kegemaran yang ingin anda setkan pada menu utama Kodi. Contoh: Exodus

langkah-6Langkah 6: Kini anda akan kembali pada menu sebelumnya, dan dapat dilihat sub-menu Add-on 1 sudahpun disetkan dengan add-on yang telah dipilih sebelum ini. Ulang langkah tersebut untuk menambah lebih banyak add-on.

sebelumSEBELUM:Tiada ikon pintas add-on dan anda perlu mencarinya secara manual pada sub-menu Add-ons pada ruangan VIDEOS

selepasSELEPAS: Kini pengalaman menonton terasa jauh lebih baik kerana add-on kegemaran boleh terus diakses pada menu utama


TUTORIAL 2 – PEMASANGAN SARIKATA BAHASA

Perkara pertama yang menjadi keutamaan apabila menonton sudah tentunya sokongan sarikata bahasa kerana ia membantu kita untuk memahami jalan cerita dengan lebih baik. Sokongan sarikata bahasa ini lebih diperlukan sekiranya anda menonton filem atau siri TV dalam bahasa asing seperti Korea ataupun Jepun. Jadi untuk itu kami akan mengajar pembaca cara untuk memasangnya pada aplikasi Kodi.

PROSES 1: PEMASANGAN

langkah-1Langkah 1: Buka aplikasi Kodi dan klik pada menu SYSTEM

langkah-2Langkah 2: Kemudian pilih menu Add-ons

langkah-3Langkah 3: Daripada senarai pilih menu Install from repository

langkah-4Langkah 4: Diikuti dengan menu Kodi Add-on repository

langkah-5Langkah 5: Cari dan klik pada menu Subtitles

langkah-6Langkah 6: Seterusnya pilih OpenSubtitles.org dan klik pada menu Install. Ulang langkah ini pada Podnapisi.net

langkah-7Langkah 7: Apabila berjaya dipasang, anda boleh melihat perkataan ‘Enabled’ pada kedua-dua fail tadi

 

 

 

PROSES 2: CARA MENAMBAH BAHASA

langkah-1Langkah 1: Akses menu SYSTEM → Video → Subtitles → Languages to download subtitles for

langkah-2Langkah 2:Pilih bahasa yang anda inginkan seperti English dan Malay dan klik butang OK

PROSES 3: CARA MEMAPARKAN SARIKATA

langkah-1Langkah 1: Klik ikon Pause pada video yang dimainkan, kemudian pilih ikon pertama yang terdapat pada menu di bahagian kanan bawah skrin dan klik butang Download.

langkah-2Langkah 2: Ketika ini proses pencarian sarikata akan dilakukan secara automatik. Sekiranya perkhidmatan Podnapisi.net tidak memiliki sarikata, anda boleh menekan perkhidmatan OpenSubtitles.org pada tetingkap paling kanan.

langkah-3Langkah 3: Apabila proses pencarian berjaya dilakukan, senarai sarikata akan dipaparkan dan klik pada salah satu daripada sarikata tersebut untuk memulakan proses muat turun.
langkah-4Langkah 4: Apabila selesai proses muat turun, Kodi akan kembali ke paparan video dan anda hanya perlu klik butang Play untuk mula menonton.

langkah-5Langkah 5: Sekiranya sarikata yang dipaparkan itu tidak sama dengan audio, anda boleh melaras secara manual sama ada mahu melambatkan ataupun mempercepatkan paparan sarikata itu dengan memilih menu Subtitle offset.

 


TUTORIAL 3 – MENUKAR ‘SKIN’ KODI

Sekiranya anda inginkan kelainan pada penampilan Kodi, aplikasi ini juga sebenarnya turut menyokong pelbagai skin atau tema berlainan untuk anda cuba. Apa yang menariknya, ia bukan sekadar menukar imej latar tetapi turut menukar keseluruhan cara persembahan Kodi. Jadi terpulang kepada anda untuk mencuba sendiri mana-mana skin daripada 21 pilihan menarik yang disediakan.

langkah-1Langkah 1: Buka aplikasi Kodi dan klik pada menu SYSTEM

langkah-2Langkah 2: Klik pada menu Appearance pada senarai

langkah-3Langkah 3: Kemudian pada menu Skin, pilih sub-menu Skin.

langkah-4Langkah 4: Confluence merupakan skin asal yang digunakan oleh Kodi, jadi klik pada menu Get more… untuk memilih skin pilihan.

langkah-5Langkah 5: Satu tetingkap dipaparkan dan anda boleh melihat pelbagai jenis skin yang boleh dimuat turun. Klik sahaja pada salah satu skin yang ingin dicuba.

langkah-6Langkah 6: Setelah klik pada salah satu skin, proses muat turun akan dijalankan secara automatik dan ia mengambil masa yang agak lama bergantung kepada kelajuan Internet dan juga peranti anda.

langkah-7Langkah 7: Siap muat turun, ia akan kembali ke menu sebelum ini. Anda hanya perlu klik pada sub-menu Skin untuk memilih skin dan aktifkannya.

langkah-8Langkah 8: Setelah memilih skin yang diaktifkan, anda hanya perlu klik butang Yes untuk mengesahkan penukaran skin.

 

ANTARA PILIHAN SKIN
pic-1-black-glass-nova
Black Glass Nova Aeon Nox
pic-4-re-touched
re-Touched
pic-2-aeon-nox
Aeon Nox
pic-3-chroma
Chroma

TUTORIAL 4 – MENUKAR IMEJ LATAR

Jika anda tidak kisah untuk kekal menggunakan skin asal yang disediakan oleh Kodi, penukaran skin tambahan yang lain mungkin kurang praktikal untuk anda cuba. Jadi apa kata anda tukarkan sahaja imej latar belakang pada Kodi dengan gambar daripada koleksi peribadi tanpa mengubah penampilan asal Kodi. Sekurang-kurangnya persembahan Kodi anda akan kelihatan lebih unik dan dalam masa yang sama membantu anda untuk mengimbau kembali detik-detik manis ketika gambar itu diambil.

langkah-1Langkah 1: Buka aplikasi Kodi dan klik pada menu SYSTEM

langkah-2Langkah 2: Klik pada menu Appearance pada senarai

langkah-3Langkah 3: Kemudian pada menu Skin, pilih sub-menu Settings.

langkah-4Langkah 4: Pilih menu Background (Options), aktifkan fungsi pada sub-menu Enable Custom Background dan klik pada -Background path:

langkah-5Langkah 5: Satu tetingkap ‘Browse for image’ akan dipaparkan dan pilih folder mana yang ada menyimpan gambar yang anda ingini.

langkah-6Langkah 6: Pilih gambar yang diingini dan preview gambar boleh dilihat pada sisi kanan antaramuka.

langkah-7Langkah 7: Sebaik sahaja gambar yang diingini diklik, anda akan kembali semula ke menu sebelumnya.

langkah-8Langkah 8: Kini imej yang telah dipilih akan dipaparkan pada antaramuka depan Kodi.

 

~SIAP SEMUA! SENANG KAN?!~

You might also like