- Iklan -

Compliance Solutions Strategies Melancarkan Pemantauan Pradagang Had Kedudukan

- Iklan -

Keupayaan Pematuhan Intrahari Pertama untuk Membina Pesanan dalam Pasaran

NEW YORK, 29 Jun 2021 /PRNewswire/ — Compliance Solutions Strategies (“CSS”), sebuah platform Teknologi Kawal Selia (RegTech) terkemuka yang menyediakan penyelesaian dipacu teknologi untuk mendayakan firma perkhidmatan kewangan memenuhi keperluan pematuhan kawal selia, hari ini mengumumkan pelancaran penyelesaian pradagang pertama di pasaran bagi memantau had kedudukan.

Pengurus aset menghadapi cabaran berterusan dalam memantau kedudukan pelaburan yang tepat dan tepat pada masanya berikutan peraturan yang berubah-ubah dan kerumitan dalam menyumberkan had yang dikenakan bursa. Penyelesaian Pemantauan Had Kedudukan CSS mengautomasi sepenuhnya pengesanan had yang dikenakan pengawal selia dan bursa pada instrumen niaga hadapan, opsyen dan derivatif yang lain. Platform ini menyumberkan had kedudukan dan tahap akauntabiliti setiap hari pada lebih 50 bursa, selain had CFTC dan MiFID II yang memanfaatkan teknologi automasi serta API yang menyepadukan sistem pengurusan pesanan secara langsung. Keupayaan pemantauan pra dan pascadagang untuk had kedudukan membolehkan pengurus aset institusi dan dana lindung nilai membina strategi pelaburan berpandangan ke hadapan dengan kebolehlihatan yang lengkap sepanjang hari dagangan.

Rangkuman kawalan pradagang bagi had kedudukan mengukuhkan kedudukan CSS sebagai penyedia penyelesaian Teknologi Kawal Selia bertaraf dunia dalam industri pengurusan pelaburan dengan tawaran pemantauan pelaburan global yang komprehensif untuk pematuhan dengan had kedudukan, ambang pendedahan pemegang saham, peraturan industri yang sensitif dan keperluan data luar biasa saham penerbit.

“Secara tradisinya, pemantauan had kedudukan hanya dilakukan secara pascadagang atau melalui sistem pengurusan pesanan yang tidak dibina untuk memantau had ini dalam masa nyata dan menyelaraskan dagangan sebelum ia dilaksanakan,” kata Ronan Brennan, Ketua Pegawai Produk CSS. “Dengan cirinya yang unik di pasaran, Pradagang untuk Pemantauan Had Kedudukan CSS membolehkan pengurus portfolio dan pentadbiran membina pesanan dan menyemak dagangan yang diramalkan dengan had yang berkaitan. Melaksanakan kawalan ini secara masa nyata membolehkan sesebuah firma memaksimumkan peluang pelaburannya sambil mendahului perubahan kawal selia dan mengurangkan risiko yang berkaitan.”

Tentang CSS:

CSS ialah rakan kongsi Teknologi Kawal Selia global yang dipercayai yang menyatukan penyelesaian dipacu teknologi inovatif secara unik untuk menyokong firma perkhidmatan kewangan mengendalikan laluan yang jelas dan strategik melalui ruang kawal selia global yang kompleks dan berpecah-pecah. Penyelesaian dan perkhidmatan kami membantu firma-firma menepati tarikh akhir kawal selia sambil mengoptimumkan data, operasi dan teknologi pematuhan. CSS meliputi rangkaian penuh disiplin pematuhan global yang merangkumi pelaporan dana, pelaporan transaksi, pemantauan pelaburan, pengurusan pematuhan, perkhidmatan pematuhan dan perkhidmatan terurus dengan suatu pendekatan pelengkap dan berpusat terhadap pengurusan strategik data kawal selia yang dipanggil RBOR (Buku Rekod Kawal Selia). Syarikat ini kini memberikan perkhidmatan kepada lebih 600 pelanggan perisian dalam perkhidmatan kewangan vertikal yang terdiri daripada dana lindung nilai, pengurus aset tradisional dan pentadbir dana termasuk institusi sisi belian dan jualan Peringkat 1. CSS mengekalkan jejak global di seluruh Amerika Utara serta Eropah dengan pejabat perhubungan pelanggan di New York, London, Dublin, Amsterdam dan Stockholm. Untuk maklumat lanjut tentang CSS, sila layari: www.cssregtech.com.

Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/06/compliance-solutions-strategies-melancarkan-pemantauan-pradagang-had-kedudukan.jpg 

Source: PRNEWSWIRE

- Iklan -

You might also like