- Iklan -

ZTE lancar 5G Indoor CPE MC8020 generasi ketiga

- Iklan -

SHENZHEN, China, 29 Jun 2021 /PRNewswire/ — ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia bertaraf antarabangsa yang utama bagi penyelesaian telekomunikasi, perusahaan dan teknologi pengguna untuk internet mudah alih, melancarkan 5G Indoor CPE MC8020 generasi ketiganya di Kongres Dunia Mudah Alih 2021.

ZTE melancarkan 5G Indoor CPE MC8020 generasi ketiga
ZTE melancarkan 5G Indoor CPE MC8020 generasi ketiga

Sebelum ini, ZTE memperkenalkan salah satu penghala 5G yang pertama di dunia ZTE 5G Indoor CPE MC801 pada tahun 2018. 5G Indoor CPE MC801A generasi kedua syarikat ini dilancarkan pada tahun 2019, memenangi iF Design Award yang berprestij. Ketika ini, 5G Indoor CPE MC801A boleh didapati di lebih daripada 30 negara di seluruh Eropah, Asia, Afrika dan Timur Tengah.

Sorotan Utama Produk: 

  • Menyokong mod 5G SA mahupun NSA serta jalur spektrum Sub-6GHz dan mmWave
  • Mendayakan penumpuan dua arah 5G dan jalur lebar berwayar dengan teknologi zlink Boost eksklusif, membolehkan dwi-akses gigabit.
  • Menggunakan teknologi akses Wi-Fi 6 AX5400 terkini, menyampaikan kelajuan akses 200 peratus lebih pantas berbanding generasi sebelumnya.
  • Mengguna pakai antena perolehan tinggi semua hala empat-cara bagi menyediakan rangkaian 5G berkelajuan tinggi untuk sehingga 128 pengguna Wi-Fi secara serentak.

Bagi menyokong keperluan penyiaran langsung yang semakin berkembang pesat, ZTE 5G Indoor CPE MC8020 generasi ketiga menyampaikan sambungan 5G berkualiti tinggi, menangani kesesakan rangkaian dalam senario rumit, memenuhi keperluan konfigurasi peringkat-perusahaan dan mempunyai tetapan mesra pengguna untuk sambungan rumah pintar yang lebih mudah.

Teknologi Antena Super 3.0 

Teknologi antena super 3.0 terkini ZTE mencapai kejayaan semua arah yang sebenar untuk penembusan isyarat 5G yang lebih baik. Teknologi antena super baharu ini menyampaikan 15 peratus lebih liputan dan 20 peratus kelajuan akses yang lebih cepat berbanding ZTE 5G Indoor CPE MC801A.

Sambungan Pantas untuk Senario Rumit 

Dengan NPU peringkat-perusahaan yang terkini daripada Qualcomm®, ZTE 5G Indoor CPE MC8020 menyampaikan Wi-Fi 6, 4×4 MIMO dan 4KQAM pada kadar kelajuan puncak sehingga 5.4Gbps untuk sehingga 128 pengguna secara serentak. Ia menyokong teknologi Wi-Fi 6 penting seperti OFDMA, TWT dan pewarnaan BSS serta menggunakan kuasa pengkomputeran AI peringkat-cip – mengurangkan gangguan dan penggunaan kuasa dengan berkesan di samping memenuhi perjanjian tahap perkhidmatan (SLA) yang lebih tinggi untuk profil penggunaan pelbagai terhubung secara serentak.

zLink Boost 

Teknologi zLink Boost yang canggih menumpukan secara automatik rangkaian jalur lebar tanpa wayar dan berwayar, menggandakan kelajuan huluan dan hiliran ZTE 5G Indoor CPE MC8020 bagi mencapai sambungan berkelajuan tinggi yang tekal.

Sambungan Satu-Sentuh NFC 

Dengan fungsian NFC baharu, ZTE 5G Indoor CPE MC8020 dapat disambungkan ke telefon pintar didayakan NFC dengan hanya satu sentuhan. Menghubungkan televisyen, komputer dan peranti pintar ke ZTE Indoor 5G CPE MC8020 boleh dilakukan secara automatik tanpa caj pada tetapan rangkaian Wi-Fi.

Inovasi 5G yang Utama 

Dengan pengalaman internet mudah alih selama 16 tahun dan hampir 1000 paten dalam bidang ini, ZTE telah menghantar lebih daripada 200 juta peranti internet mudah alih ke seluruh dunia dengan penghantaran cipset yang dibangunkan sendiri melebihi 30 juta. Sehingga kini, produk terminal internet mudah alih 5G ZTE digunakan secara komersial dalam lebih daripada 30 negara dan wilayah.

Hubungan Media: 

Margaret Ma 
ZTE Corporation 
Tel: +86 755 26775189 
Emel: ma.gaili@zte.com.cn 

Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services Trade show news

Source: PRNEWSWIRE

- Iklan -

You might also like