- Iklan -

ZTE raih pencapaian penting di MWC 2021

- Iklan -

SHENZHEN, China, 29 Jun 2021 /PRNewswire/ — ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia bertaraf antarabangsa yang utama bagi penyelesaian telekomunikasi, perusahaan dan teknologi pengguna untuk internet mudah alih, hari ini mengumumkan bahawa dengan tema “Memperkasa Transformasi Digital”, ia mempamerkan penyelesaian ICT yang terkini dan amalan yang membuahkan hasil di tiga bahagian pameran iaitu “Penyambungan Digital Cekap”, “Industri Digital Dipelbagaikan” dan “Gaya Hidup Digital Diperkaya” di Kongres Dunia Mudah Alih 2021 mulai 28 Jun hingga 1 Julai.

ZTE raih pencapaian penting di MWC 2021
ZTE raih pencapaian penting di MWC 2021

Selain itu, syarikat ini menganjurkan pameran maya dengan laman sesawang MWC khas bersiaran secara langsung dalam tempoh yang sama, bagi memastikan penyampaian MWC yang hebat untuk kesemua pengunjung di lapangan dan dalam talian di seluruh dunia.

Membina rangkaian digital mesra alam, selamat dan pintar 

Komited untuk membina rangkaian digital yang mesra alam, selamat dan pintar, ZTE memaparkan penyelesaian serba baharu rangkaian 5G SA dan optik sepenuhnya di MWC 2021.

Bagi rangkaian tanpa wayar, ZTE membantu operator melaksanakan pemodenan rangkaian dan evolusi 5G yang cekap melalui tapak dipermudah, perkongsian spektrum dinamik tiga-mod SuperDSS yang unik dalam industri serta produk MIMO Besar-besaran FDD generasi baharu dilancarkan di acara tersebut. Sementara itu, dengan tiga kelebihan khususnya, pengalaman penghantaran berskala besar hujung-ke-hujung, siri penyelesaian inovatif dan keupayaan untuk memperkasa industri ini, ZTE dapat membawa rangkaian 5G SA yang hebat kepada operator.

Bagi rangkaian talian dawai, ZTE memberi pengalaman jalur lebar yang cemerlang melalui kesemua rangkaian optik. Di sisi akses optik, ZTE menawarkan perkhidmatan kepada 1/4 pelanggan FTTx di seluruh dunia dengan produk dan penyelesaianya yang canggih bagi memudahkan transformasi optik global.

Dari segi rangkaian pengangkut optik, evolusi berterusan melalui inovasi teknikal dalam tiga arah: penaiktarafan lebar jalur, pembinaan semula topologi dan transformasi perkhidmatan. Sebagai contoh, produk 1.2T panjang gelombang tunggal yang pertama dalam industri dapat mencapai prestasi penghantaran maksimum.

Selain itu, ZTE menyediakan penyelesaian rangkaian mesra alam hujung-ke-hujung untuk membantu operator mencapai penjimatan tenaga dan pengurangan emisi karbon, menjimatkan lebih daripada 1.3 bilion kWj penggunaan kuasa setiap tahun untuk pelanggan globalnya. Di samping itu, platform operasi pintar AIVO 3.0 terkini menggabungkan data raya dan teknologi AI untuk melaksanakan operasi rangkaian pintar, mengurangkan kos dan meningkatkan kecekapan dengan sangat tinggi. Dari segi keselamatan siber, ZTE telah menubuhkan tiga makmal terbuka keselamatan di seluruh dunia dan telah lulus pensijilan keselamatan tertinggi dalam industri bagi memastikan keselamatan dan kredibiliti setiap rangkaian.

Memperkasa transformasi digital dengan penumpuan ICT

Semasa berlangsungnya MWC, ZTE memperkenalkan rangkaian penuh infrastruktur awan, penyelesaian rangkaian persendirian 5G disesuaikan dan Pemesejan dalam era 5G yang dapat membantu operator memperkasa industri ini dan mencapai transformasi daripada penyedia perkhidmatan komunikasi hinggalah penyedia perkhidmatan digital.

Dari segi infrastruktur awan, ZTE mengintegrasikan awan pinggir teragih dengan rangkaian yang disediakan oleh teknologi IT dan CT serta telah bekerjasama dengan operator untuk meningkatkan transformasi digital industri ini melalui komponen modul yang fleksibel.

Berhubung rangkaian persendirian korporat, ZTE mempunyai siri produk yang paling komprehensif, penyesuaian SLA yang tepat dan penghantaran sehenti yang memudahkan lagi transformasi digital dan penaiktarafan industri serta menyediakan model perniagaan baharu kepada operator untuk meneroka pasaran ToB.

Sementara itu, ZTE, yang menggunakan platform Pemesejan baharu dalam era 5G, membantu operator meningkatkan kadar penukaran perniagaan dan kecekapan perkhidmatan mereka untuk industri-industri vertikal. Melalui pengecasan B2B terpelbagai, operator sekali lagi dapat mengawal titik akses trafik-mudah-alih dan meningkatkan pendapatan daripada pasaran ToB.

Dari segi amalan transformasi digital, ZTE telah mencipta model kiub digital.

Di Shenhuo, ZTE menggunakan teknologi “pembuatan pintar 5G+” bagi membantu penaiktarafan digital perusahaan kimia tradisional. Di Binjiang, Nanjing, ZTE mewujudkan penanda aras untuk pembuatan pintar 5G, merealisasikan 5G dan automasi dalam seluruh proses pengeluaran dan di Thailand, model Binjiang telah direplikasi dengan cepat. ZTE, bersama-sama AIS dan Suranaree University of Technology, membantu industri pengilangan Thailand melangkah ke arah pembangunan digital, pintar, mesra alam dan rendah karbon. Di pelabuhan Antwerp, Belgium, penghirisan E2E rangkaian 5G ZTE telah memperkasa keperluan rangkaian terperibadi syarikat dalam lima dimensi vertikal yang berbeza secara serentak. Di Colombia, ZTE menyediakan penyelesaian teleperubatan 5G E2E, membantu hospital-hospital tempatan mengurangkan masa kontak doktor-pesakit semasa pandemik ini. Ini dapat mengurangkan risiko jangkitan-silang dan mengurangkan masa diagnosis sebanyak 35%.

Sehingga kini, ZTE telah bekerjasama dengan lebih daripada 90 operator dan lebih 500 rakan kongsi di seluruh dunia untuk melaksanakan penerokaan aplikasi 5G yang ekstensif dalam lebih 15 bidang industri, lalu menghimpunkan sejumlah besar keadaan aplikasi inovatif industri.

Membawa kehidupan digital berwarna-warni 

Dalam era digital, teknologi telah memperkaya kehidupan kita dengan banyaknya. Semasa berlangsungnya MWC, telefon pintar unggulan generasi baharu ZTE, produk persisian pintar dan jalur lebar gigabit berorientasikan keluarga, platform video baharu dan ekologi akan menjadikan kehidupan digital individu dan keluarga lebih ceria.

ZTE mencipta pengalaman rangkaian jalur lebar rumah baharu, dengan Wi-Fi 6 mencapai kenaikan daripada 100M hingga gigabit. Rangkaian Jejaring yang terdiri daripada AP “1+N” dapat memperluas liputan Wi-Fi dan mencapai liputan gigabit penuh rangkaian rumah. Dalam penyelesaian gentian optik untuk seluruh rumah, kabel rangkaian digantikan dengan gentian optik. Rangkaian gentian optik digunakan antara get laluan dan AP. Ia telah dapat menyelesaikan kekangan peningkatan kelajuan rangkaian rumah dengan satu langkah dan juga membolehkan pelaksanaan diselesaikan dalam masa hanya satu jam, tetapi dengan perkhidmatan yang berkualiti tinggi selama 20 tahun.

Sehingga kini, terminal pengguna peribadi dan isi rumah 5G ZTE telah disediakan di lebih daripada 30 negara dan wilayah dengan penghantaran kumulatif terminal isi rumah melebihi 500 juta. Syarikat ini baru sahaja melancarkan siri produk baharu untuk rangkaian gentian optik, yang meliputi seluruh rumah. Ini dapat membantu pelaksanaan semua rangkaian isi rumah optik sepenuhnya.

Peranti terminal ZTE yang utama dalam industri juga telah didemonstrasikan di MWC 2021, termasuk telefon pintar unggulan terkini ZTE Axon 30 series, ZTE S30 series yang bergaya, ZTE Watch GT, ZTE LiveBuds dan produk ekologi pintar yang lain, selain produk terminal data peribadi dan keluarga C-IoT termasuk ZTE 5G Portable CPE MU5001 peribadi. Kesemua ini menunjukkan pelan tindakan baharu untuk kehidupan pintar 5G. Di samping itu, semasa berlangsungnya acara tersebut, ZTE turut secara rasmi melancarkan generasi baharu 5G Indoor CPE MC8020 yang dapat membawa pengalaman rangkaian yang baharu kepada pengguna.

ZTE mengintegrasikan keupayaan dan kepakarannya merentas telefon bimbit tradisional, jalur lebar mudah alih, modul cipset terminal dan produk ekologi secara beransur-ansur untuk membina “terminal besar”, lalu mewujudkan ekosistem pintar senario-penuh “1+2+N”. Di samping itu, ZTE juga akan mengintegrasikan telefon pintar dan peranti terminal data peribadi dan keluarga serta memberi tumpuan pada empat senario aplikasi utama yang mencakupi kesihatan sukan, perjalanan perniagaan, pendidikan rumah dan hiburan audio-visual berdasarkan pelbagai produk ekologi pintar 5G bagi menjadikan gaya hidup pintar 5G senario-penuh suatu kenyataan.

Pengalaman audio-visual tidak boleh dilepaskan

Bagi pameran ini, ZTE turut membawa pelbagai pengalaman dalam talian dan luar talian.

Tujuh orang tetamu, dipimpin oleh En. Xu Ziyang, Ketua Pegawai Eksekutif ZTE Corporation, membawa sembilan ucapan dasar dan perbincangan meja bulat untuk berkongsi pandangan mengenai topik hangat masa kini seperti kombinasi antara pendigitan dan kecerdasan, AI, XR, 6G dan perjuangan memerangi wabak dengan teknologi. Selain itu, ZTE menganjurkan tiga forum bertema dalam talian utama: “Menyampaikan Perkhidmatan Rangkaian Semasa Covid-19”, “5G SA Utama” dan “Pemesejan dalam Era 5G”.

Di tengah-tengah acara MWC 2021, ZTE, bersama-sama Italian Red Cross melancarkan kemeja-T pintar 5G pertama di dunia. Kedua-dua bahagian, yang berasaskan teknologi boleh pakai revolusioner, menghasilkan kemeja-T pemantauan kesihatan jarak jauh baharu “Kemeja-T Pintar 5G”. Kemeja-T tersebut boleh mengaktifkan pengesanan parameter bio-penting yang belum pernah dikesan sebelum ini oleh sensor tekstil seperti elektrokardiogram “sebenar”, analisis tindakan pernafasan dan komponen peluh, usaha otot, suhu badan dan membolehkan penghantaran melalui sambungan 5G ZTE yang sangat pantas ke pusat kesihatan dan kawalan serta kepada pengguna individu.

Hubungan Media: 

Margaret Ma 
ZTE Corporation 
Tel: +86 755 26775189 
Emel: ma.gaili@zte.com.cn 

Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services Trade show news

Source: PRNEWSWIRE

- Iklan -

You might also like