- Iklan -

Adyen mengembangkan keupayaan proses pembayarannya ke Jepun ketika momentum kaedah pembayaran tanpa tunai meningkat naik

Adyen melancarkan penyelesaian proses pembayaran di Jepun untuk membantu perniagaan mencapai kadar kelulusan yang lebih tinggi, pengalaman pelanggan yang lebih baik dan pemahaman data yang lebih mendalam ketika pasaran Jepun beralih
kepada pembayaran dalam talian.

TOKYO, 19 Mei 2021 /PRNewswire/ — ADYEN (AMS: ADYEN), platform pembayaran global yang menjadi pilihan kebanyakan syarikat terkemuka di dunia, hari ini mengumumkan pengembangan keupayaan proses pembayarannya yang merangkumi Jepun. Keupayaan proses pembayaran Adyen adalah asas kepada platform pembayaran setempat milik syarikat yang membolehkan pedagang seperti Microsoft, Foodpanda, VanMoof, Breitling dan G-Star untuk memanfaatkan sepenuhnya setiap transaksi melalui proses pembayaran tempatan. Pengumuman ini memperluas keupayaan proses pembayaran tempatan Adyen di Asia Pasifik selepas pelancaran di Australia, New Zealand, Hong Kong, Malaysia dan Singapura dan disokong oleh permintaan daripada pedagang tempatan dan antarabangsa yang ingin menyampaikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pembeli di Jepun. 

Pandemik ini telah mempercepat pertumbuhan e-dagang di Jepun dan oleh kerana pengguna Jepun terus menerima pakai kaedah pembelian dalam talian, penggunaan pembayaran elektronik akan meningkat memandangkan pengguna mula meninggalkan pembayaran berasaskan tunai secara berterusan. Di peringkat kebangsaan, kerajaan Jepun telah menetapkan matlamat untuk meningkatkan pembayaran tanpa tunai sebanyak kira-kira 40% daripada semua transaksi menjelang tahun 2025, daripada kira-kira 20% yang ada pada masa ini. 

“Asia Pasifik merupakan pemacu pertumbuhan utama bagi kebanyakan pedagang antarabangsa kami, sekaligus untuk Adyen. Kami teruja untuk membawakan penyelesaian menyeluruh kami kepada pedagang di Jepun kerana semakin banyak syarikat yang beralih kepada pembayaran digital. Pedagang boleh meneroka jalan pertumbuhan baharu dan menawarkan pengalaman pelanggan yang lebih baik dengan kaedah pembayaran optimum dan maklumat data kami yang terperinci,” kata Warren Hayashi, Presiden Asia Pasifik, Adyen.

Trevor Nies, Pengarah Kanan Pembayaran E-Dagang, Operasi & Analisis Risiko Microsoft menyatakan; “Kami telah bekerjasama dengan Adyen sejak tahun 2015 dan telah melihat cara Adyen mempercepat inovasi pembayaran untuk menjadikan pembayaran lebih cepat, mudah dan selamat. Adyen ialah salah satu rakan kongsi strategik yang memproses pembayaran untuk kami di seluruh dunia, di hampir semua produk dan perkhidmatan Microsoft. Kami teruja menjadi salah satu syarikat pertama yang menggunakan penyelesaian Adyen di Jepun dan menawarkan pengalaman pembayaran yang lancar kepada pelanggan kami.” 

Adyen menguruskan keseluruhan aliran pembayaran, termasuk get laluan, pengurusan risiko dan memproses pembayaran untuk para pedagang. Ini bermakna jenama boleh mempercepat pengembangan global dan mengoptimumkan proses pembayaran sambil memenuhi harapan pelanggan secara berterusan. 

Adyen menyediakan syarikat perniagaan dengan maklumat terperinci tentang peraturan, skim dan kaedah pembayaran tempatan menggunakan teknologi terbaik dan kepakaran proses pembayaran yang mendalam. Dengan sambungan proses pembayaran menggunakan kad secara langsung seperti Visa, Mastercard, JCB, American Express, Diners, Discover dan UnionPay, transaksi akan diproses secara setempat di Jepun melalui platform Adyen. Pedagang boleh menggunakan platform tunggal Adyen dengan mudah untuk menawarkan semua kaedah pembayaran utama yang digemari pembeli, seperti kad kredit dan debit serta kaedah pembayaran yang berkaitan. 

Adyen kini menawarkan proses pembayaran tempatan untuk kad antarabangsa di Australia, Brazil, Kanada, Eropah, Hong Kong, Malaysia, Singapura, Puerto Rico, New Zealand dan Amerika Syarikat.1 

Tentang Adyen
Adyen (AMS: ADYEN) ialah platform pembayaran pilihan bagi kebanyakan syarikat terkemuka di dunia yang menyediakan infrastruktur serba lengkap lagi moden dan dihubungkan terus ke Visa, Mastercard serta kaedah pembayaran pilihan pengguna secara global. Adyen menyediakan pembayaran tanpa geseran di seluruh saluran dalam talian, mudah alih dan di kedai. Dengan pejabat yang terletak di seluruh dunia, Adyen memberikan perkhidmatan kepada pelanggan termasuk Facebook, Uber, Spotify, Casper, Bonobos dan L’Oréal. Pelancaran proses pembayaran Adyen di Jepun seperti yang dijelaskan dalam kemas kini ini menandakan pengembangan berterusan tentang kaedah pembayaran sokongan dan wilayah geografi Adyen selama bertahun-tahun, serta pertumbuhan yang berterusan dengan pedagang sedia ada dan baharu sebagai sebahagian daripada perjalanan perniagaannya yang biasa.

1 Untuk maklumat lanjut tentang proses pembayaran tempatan dan manfaatnya, sila rujuk: https://www.adyen.com/global-payment-processing.

Logo – https://mma.prnasia.com/media2/1490851/Logo__Adyen_green_RGB_Logo.jpg?p=medium600  

Source: Adyen Inc.

Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Corporate Expansion Financial Technology

Source: PRNEWSWIRE

You might also like