
Sigmax.io memperkenalkan bot perdagangan inovatif yang memudahkan perdagangan arbitraj
SHOEBURY, England, 19 Mei 2021 /PRNewswire/ — Oleh kerana pandangan global terhadap Mata Wang Kripto dan pertukaran mata wang asing tradisional terus terbukti sukar untuk diramalkan, perdagangan arbitraj semakin digunakan oleh kedua-dua pedagang Altcoin & Bitcoin yang baru dan berpengalaman untuk membantu mengurangkan pendedahan transaksi dan meningkatkan keuntungan.
Memperkenalkan Sigmax.io – Bot Arbitraj yang Inovatif
Perdagangan arbitraj merupakan strategi yang digunakan secara meluas untuk membeli pada harga rendah dan menjual pada harga tinggi di bursa mata wang global dan dengan potensi untuk menghasilkan pulangan yang kukuh, ia merupakan alat yang popular di seluruh pasaran.
Pada masa lalu, para pedagang perlu mempunyai pengetahuan yang terperinci bukan sahaja tentang struktur pertukaran dan yuran tetapi juga struktur API untuk menghasilkan dagangan yang berjaya. Itulah yang terjadi sehingga kini.
Bot yang Memudahkan Perdagangan Arbitraj
Sigmax.io ialah sebuah bot perdagangan baharu yang inovatif yang menjadikan medan permainan sama rata – algoritmanya yang mudah membolehkan pengguna meletakkan beberapa pasangan mata wang secara serentak di pelbagai bursa yang berbeza untuk mengenal pasti dan mengeksploitasi perbezaan harga di antara mereka.
Ia adalah mudah untuk bermula dengan platform Sigmax.io, anda cuma perlu mendaftarkan akaun, mendepositkan mata wang kripto atau fiat ke dalam dompet anda dan menunggu perolehan anda. Pengguna juga boleh menggunakan mata wang fiat untuk berdagang dan mengeluarkan dana setiap 24 jam, bergantung pada nilai aset.
Sigmax.io – Alat Arbitraj Premier untuk Pedagang Altcoin & BTC Kontemporari
Pengguna boleh mendepositkan akaun mereka dengan pelbagai mata wang seperti BTC, DOGE, ETH dan USD serta banyak lagi – setelah akaun tersebut aktif dan mempunyai dana, anda sedia untuk berdagang di lebih 22 bursa kripto global yang disokong dan diikuti oleh 12,000 pasaran yang memberikan pendedahan maksimum kepada pedagang.
Kebanyakan bursa mata wang kripto menawarkan pasangan mata wang yang sama tetapi kadar di antaranya boleh berbeza daripada 1% hingga 15% – bagi pedagang Altcoin atau BTC pada hari ini, keadaan ini menawarkan potensi perolehan yang besar. Bot Sigmax.io membolehkan pengguna menikmati keuntungan purata antara 2% hingga 7% pada hari yang baik dan keuntungan tersedia untuk dikeluarkan dalam tempoh hanya 24 jam selepas dagangan.
Dengan lebih 70 Altcoin dan sebilangan kecil mata wang kripto yang mapan termasuk Bitcoin, adalah sukar untuk memberikan ramalan terbaik tentang pasaran. Bot Sigmax.io membolehkan pengguna melakukan transaksi pelbagai pasangan mata wang pada satu-satu masa – bot merupakan alat yang sempurna untuk membantu pedagang mata wang digital hari ini dengan memudahkan perdagangan arbitraj dan meningkatkan potensi pulangan.
Nikmati pulangan maksimum dengan Sigmax.io dan jadikan perdagangan arbitraj lebih mudah.
Tentang Sigmax.io: Sigmax.io ialah sebuah bot perdagangan arbitraj yang memperdagangkan beberapa pasangan mata wang dengan pelbagai bursa menggunakan dana bersama yang didepositkan dan dikunci oleh pengguna di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami atau hubungi kami.
Sila hubungi – Josh Wallis, contact@sigmax.io, josh@sigmax.io, +44 740 102 58 23
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics New products/services Financial Technology
Source: PRNEWSWIRE