Oilfields Supply Center melabur sebanyak $570 juta dalam Taman Tenaga Raja Salman (SPARK) sebuah hab tenaga yang terkemuka di dunia

RIYADH, Arab Saudi, 22 April 2021 /PRNewswire/ — Oilfields Supply Center Limited (OSC) mengumumkan telah diberikan kontrak pembinaan pusatnya di Taman Tenaga Raja Salman (SPARK) di negara itu dengan jumlah pelaburan sebanyak $570 juta. Penubuhan pangkalan OSC akan berukuran satu juta meter persegi dan merangkumi pelbagai kawasan dan zon. Pusat ini sangat penting bagi menyetempatkan rantaian bekalan tenaga sepenuhnya, sehubungan itu, membolehkan para pelabur memberi bekalan kepada wilayah yang lebih luas dan memperoleh manfaat yang maksimum daripada kehadiran mereka di SPARK.

OSC Rendering
OSC Rendering

Dr. Mohammad Yahya Al-Qahtani, Pengerusi Lembaga Pengarah di SPARK berkata: “Bertempat secara strategik di tengah-tengah pasaran tenaga di rantau ini, SPARK menumpukan perhatian dalam menyediakan kemudahan kepada para pelabur untuk mengakses permintaan barangan dan perkhidmatan tenaga. Pangkalan bekalan OSC merupakan komponen penting strategi ini untuk mewujudkan persekitaran yang bermanfaat kepada syarikat antarabangsa dan tempatan serta PKS demi memacu penyetempatan di Arab Saudi. OSC menyediakan penyelesaian perindustrian prabinaan yang menyahrisikokan fasa persediaan bagi para pelabur dan memberikan fleksibiliti kepada mereka untuk menyewa kemudahan perindustrian dan bengkel berdasarkan permintaan selain menyediakan perkhidmatan sokongan yang lengkap. Pangkalan tersebut dijangka dapat mencipta ribuan pekerjaan dalam bidang tenaga.”

Pengarah dan Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat OSC, Iqbal Mohammad Abedin, berkata: “Mencapai tahap penting ini sentiasa menjadi fokus segala usaha kami. Pencapaian ini mengukuhkan komitmen OSC untuk merealisasikan perniagaan kami di SPARK dan membolehkan penggunaan kandungan tempatan bagi semua syarikat yang ingin menjalankan perniagaan di Arab Saudi. Kami percaya ini membina dorongan berterusan dan menyumbang kepada ekosistem yang bertenaga dan bertaraf dunia. Sebelum ini kami telah melihat minat yang ketara daripada syarikat antarabangsa dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), dan susulan daripada pemberian kontrak ini kami menjangkakan permintaan terhadap kemudahan perindustrian kami bakal meningkat, dengan seluruh fasa kerja akan disiapkan menjelang suku keempat 2023.”

Abedin menambah: “Penubuhan pangkalan bekalan minyak dan gas di tapak di SPARK, iaitu satu-satunya hab tenaga yang bersepadu sepenuhnya di rantau ini, merupakan satu lagi contoh betapa projek tersebut melengkapi Nilai Tambah Keseluruhan Dalam Kerajaan (iktva) Aramco, yang menggalakkan pembangunan sektor tenaga yang pelbagai, mampan dan berdaya saing secara global dalam Kerajaan.”

SPARK berada di landasan yang betul untuk menerajui ekosistem berpusatkan tenaga di dunia, dengan menawarkan asas yang membolehkan sektor ini melaksanakan inovasi dan berkembang. Pelaburan awal OSC yang berjumlah $570 juta dijangka menyumbang kepada penciptaan nilai selanjutnya, memandangkan OSC mewujudkan dan menyenggara pangkalan bekalan minyak dan gas serta menyediakan penyelesaian prabinaan untuk para pelabur dan rakan kongsi tanpa mengira saiz.

Dengan 80% daripada fasa pertama pembangunan infrastruktur telah disiapkan, SPARK ialah bandar perindustrian pertama di dunia yang memperoleh Pensijilan Perak LEED. Pembinaan pangkalan bekalan minyak dan gas oleh OSC mematuhi tumpuan SPARK dari segi reka bentuk dan pembinaan yang lestari dan mesra alam. Projek ini meraih manfaat daripada portfolio dan pengalaman mesra alam dalam menyampaikan penyelesaian rekayasa dan reka bentuk, yang bertujuan meminimumkan kesan alam sekitar akibat pembangunan infrastruktur.

Nota kepada Editor 

Tentang Taman Tenaga Raja Salman (SPARK) 

Taman Tenaga Raja Salman (SPARK) ialah ekosistem perindustrian yang bersepadu sepenuhnya. SPARK berkeluasan 50 kilometer persegi dan sedang dibangunkan dengan visi untuk menjadi gerbang peneraju kepada sektor tenaga serantau yang menyediakan spektrum penyelesaian yang lengkap demi menyokong pertumbuhan perniagaan di Negara ini. SPARK juga merupakan bandar perindustrian pertama dan satu-satunya di dunia yang mencapai pensijilan perak LEED.

SPARK menawarkan infrastruktur pada taraf antarabangsa kepada para pelabur global dalam industri minyak & gas, penapisan, petrokimia, kuasa serta industri pengeluaran dan rawatan air.

Pelaksanaan dirancang merangkumi tiga fasa. SPARK telah menyiapkan 80% daripada fasa pertamanya, yang terdiri daripada infrastruktur, jalan raya, utiliti dan aset hartanah yang diwujudkan meliputi kawasan seluas 14 kilometer persegi; fasa pertama akan siap pada 2021. Ini sebagai tambahan kepada zon logistik dan pelabuhan darat yang khusus seluas tiga kilometer persegi.

www.spark-ksa.com 

Tentang Oilfields Supply Center Limited (OSC) 

Oilfields Supply Center Limited ialah syarikat Kerajaan Dubai. Syarikat ini ditubuhkan pada awal 1960-an dan memberikan tumpuan terutamanya kepada industri minyak dan gas huluan untuk Wilayah Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) dan turut mempunyai operasi di Malaysia. Fokus utama ialah pembangunan dan operasi pangkalan logistik lapangan minyak, dan di Emiriah Dubai kami kini mempunyai kawasan seluas hampir 11 juta kaki persegi yang terletak di Zon Bebas Jebel Ali, Taman Teknologi dan Bandar Perindustrian Dubai. Pangkalan di Johor Baru, Malaysia berkeluasan kira-kira 20% daripada keseluruhan kawasan tanah di Dubai. Dalam kawasan tanah ini, Syarikat telah membina kemudahan perindustrian untuk menampung operasinya sendiri dan syarikat-syarikat lapangan minyak yang utama seperti Schlumberger, Halliburton, Baker Hughes, Weatherford dan NOV serta beberapa syarikat yang lain.

Selain aktiviti utamanya dalam perkhidmatan logistik lapangan minyak, Syarikat ini juga mempunyai orientasi pembuatan yang kukuh dengan menumpukan kepada industri huluan penting yang lain seperti pembuatan bejana tekanan, penukar haba dan pakej pemampatan gas pasang siap pada kerangka mudah alih bagi kedua-dua industri minyak dan gas serta pemprosesan.

https://oscdubai.com/ 

https://oscsaudi.com/ 

Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/04/oilfields-supply-center-melabur-sebanyak-570-juta-dalam-taman-tenaga-raja-salman-spark-sebuah-hab-tenaga-yang-terkemuka-di-dunia.jpg  
Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/04/oilfields-supply-center-melabur-sebanyak-570-juta-dalam-taman-tenaga-raja-salman-spark-sebuah-hab-tenaga-yang-terkemuka-di-dunia-1.jpg

Dr. Mohammed Yahya Al-Qahtani, Chairman of SPARK
Dr. Mohammed Yahya Al-Qahtani, Chairman of SPARK

Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Oil/Energy Transportation Utilities Accounting news, issues New products/services

Source: PRNEWSWIRE

You might also like