Doosan Robotics Perkenal Pakej ROS Pertama Industri Sokong ROS 2 Foxy Fitzroy

- Iklan -

SEOUL, Korea Selatan, 23 April 2021 /PRNewswire/ — Doosan Robotics Inc. mengumumkan pelancaran pakej Doosan ROS 2, yang serasi dengan ROS 2 Foxy Fitzroy terkini. Melancarkan pakej ini pada awal tahun 2021, Doosan Robotics memantapkan kedudukannya sebagai yang pertama mengendalikan robot kolaboratif yang dipacu oleh versi terbaharu ROS 2.

Doosan Robotics
Doosan Robotics

Doosan Robotics secara strategik mereka bentuk pakej ROS 2 Foxy bagi memberi kemudahan dan kebolehcapaian. Memandangkan pakej ini serasi dengan Doosan Robot Language (DRL), pengendali robot Doosan yang hanya mempunyai pengetahuan ROS standard dapat mencipta aplikasi robotik pintar dengan mudah. Pakej ini dijangka mempercepatkan pembangunan aplikasi robot dalam pelbagai bidang termasuk pencengkam, integrasi robot bergerak dan kawalan berbilang robot di samping kawalan sedia ada. Syarikat ini merancang untuk menyokong ROS 2 pada pelbagai platform seperti Windows dan Amazon AWS RoboMakers bermula dari separuh kedua tahun 2021 dan menjangkakan lebih banyak aplikasi robot yang menggabungkan awan dan AI akan digunakan.

Bagi membiasakan pengguna dengan ROS 2 dan mendedahkan ciri-ciri baharunya kepada pengendali, syarikat ini akan membekalkan pakej tutorial untuk menghasilkan fungsi-fungsi robot melalui laman web sokongan rakan kongsinya, Doosan Robot LAB. Tutorial video pada aplikasi ROS akan turut disediakan di laman web ini.

Doosan Robotics telah menyokong ROS Kinetic serta ROS Melodic sejak tahun 2019 dan selain itu mengedarkan pakej ROS Noetic pada bulan Mac tahun ini. Sehingga kini, Doosan Robotics secara rasmi menyokong empat versi ROS.

“Bagi memenuhi trend robot menggunakan ROS yang semakin berkembang, Doosan Robotics membangunkan pakej ROS 2 Foxy bagi membolehkan lebih ramai pelanggan tempatan dan global membina aplikasi robot dengan mudah dan dengan kelajuan yang lebih pantas,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Doosan Robotics Chae Dong-hwi. “Kami akan terus meningkatkan fungsi ROS 2 dan menambah baik kebolehcapaiannya untuk pelanggan kami dan dalam masa yang sama memperluaskan bidang sokongan,” kata beliau.

Sementara itu, Doosan Robotics akan mengambil bahagian dalam Hannover Messe 2021 Digital, salah satu pameran perdagangan terbesar di dunia antara 12 – 16 April 2021.

Latar Belakang Doosan Robotics

Doosan Robotics, ditubuhkan pada tahun 2015 oleh Doosan Group, mencipta teknologi untuk generasi pembuatan yang seterusnya. Ditubuhkan pada tahun 1896, Doosan Group ialah salah sebuah syarikat paling lama bertapak dan terbesar di Korea Selatan, mengkhusus dalam jentera, kejuruteraan kilang dan bahan komponen. Kumpulan ini mempunyai 25 rakan gabungan dan 114 entiti global di seluruh dunia, menjana pendapatan sebanyak USD 15 bilion pada tahun 2020. Maklumat lanjut mengenai Doosan Robotics disediakan di https://www.doosanrobotics.com/en/

Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Nanotechnology New products/services

Source: PRNEWSWIRE

You might also like