Subex Melancarkan HyperSense, Sebuah Platform Analitik Terimbuh Serba Lengkap

Penyelesaian modular tanpa kod yang fleksibel yang dibina untuk mempercepat penggunaan dan pendemokrasian Kecerdasan Buatan (AI) dalam analisis perusahaan

Kini, pengguna dalam kalangan perniagaan dan perusahaan boleh menggubah tatacara analitik perniagaan yang kritikal dengan mudah menggunakan keupayaan HyperSense yang berkuasa dan mudah digunakan

DENVER, LONDON dan BANGALORE, India, 22 April 2021 /PRNewswire/ — Subex, syarikat yang mempelopori Kepercayaan Digital, hari ini melancarkan HyperSense, sebuah platform analitik terimbuh serba lengkap yang membantu perusahaan membuat keputusan dengan lebih cepat dan lebih baik menggunakan kelebihan kecerdasan buatan (AI) di seluruh rantaian nilai data.

Subex Launches HyperSense, an End-to-End Augmented Analytics Platform
Subex Launches HyperSense, an End-to-End Augmented Analytics Platform

Dibangunkan berdasarkan pengalaman analitik data Subex yang luas, HyperSense mengandungi semua keupayaan Analitik Terimbuh yang diperlukan oleh perusahaan dalam satu platform modular yang fleksibel. Keupayaan tanpa kod HyperSense yang unik membolehkan pengguna yang tidak mempunyai pengetahuan dalam pengekodan, mengagregat data dengan mudah daripada sumber yang terpisah, mengubah data kepada pemahaman dengan membina, mentafsir dan menalakan model AI dan berkongsi penemuan mereka secara mudah ke seluruh organisasi.

Sebagai penyelesaian pertama yang ditakrifkan oleh Gartner, Analitik Terimbuh didayakan oleh teknologi seperti pembelajaran mesin dan AI untuk membantu dalam penyediaan data, penjanaan pemahaman dan penjelasan pemahaman. Ia memperkasakan pakar serta saintis bukan data dengan mengautomasikan sebahagian besar aspek sains data termasuk pembangunan model, pengurusan dan penggunaan model AI.

AI masih dalam peringkat awal penggunaan yang begitu bermakna bagi kebanyakan perniagaan. Perusahaan yang ingin memanfaatkan jaminan teknologi AI dan pembelajaran mesin biasanya berhadapan dengan pelbagai halangan seperti membuktikan nilai melalui kecerdasan rintis; ketiadaan integrasi antara AI dan timbunan data serta kekurangan kemahiran AI.

HyperSense menyelesaikan semua cabaran ini melalui lima studio modular yang berkuasa:

  • Studio Pengurusan Data memberi pengguna akses setempat kepada kelompok dan penstriman data merentasi pelbagai format data dan membolehkan mereka mencari, memperkaya, menstruktur serta mengesahkan data yang dikumpulkan daripada seluruh perniagaan;
  • Studio Permodelan Perniagaan membolehkan pengguna menerapkan peraturan dan menjalankan audit data dalam masa nyata, maklumat profil, memantau dan meramal KPI perniagaan;
  • Studio AI menambah keupayaan AI seperti pembangunan model, diagnostik model, AI yang boleh diterangkan dan penalaan hiperparameter;
  • Studio Kecerdasan Perniagaan memperlihatkan output analitik data untuk pemahaman pantas dan perkongsian yang mudah;
  • Studio Automasi Proses membolehkan pengguna membuat tindakan dan aliran kerja untuk mendayakan keputusan masa hadapan berdasarkan pemahaman data.

HyperSense juga merangkumi beberapa proses analitik prabina dalam pemasaran, kewangan dan teknologi vertikal agar perusahaan dapat memberikan hasil yang amat pantas. Di samping itu, pelanggan juga boleh menggunakan platform HyperSense untuk membangunkan aplikasi analitik mereka sendiri yang disesuaikan dan dikuasakan oleh AI.

Platform natif awan ini boleh disepadukan dengan infrastruktur pengurusan data sedia ada atau dilaksanakan sebagai penyelesaian analitik data yang bebas dan boleh dipasang dan pakai.

Suresh Chintada, Ketua Pegawai Teknologi Subex  mengulas: “Kebanyakan perusahaan berusaha untuk melaksanakan AI dengan mengutamakan nilai perniagaan. Sebaliknya, inisiatif AI didorong oleh pasukan sains data dengan sedikit penyelarasan antara keutamaan perniagaan dan AI. Kami membangunkan HyperSense untuk menangani perkara ini – ia memberikan lebih autonomi kepada organisasi, akses yang lebih luas kepada pembelajaran mesin dan AI serta memberi lebih banyak kuasa kepada pengguna perniagaan. Dengan platform yang berubah-ubah ini, perniagaan akan benar-benar mendemokrasikan AI dan mengubah data menjadi bentuk pemahaman yang boleh dipercayai dengan kepantasan dan kecekapan yang lebih tinggi, menyokong model perniagaan elastik dan mempercepat transformasi perniagaan mereka secara signifikan.”

HyperSense ialah platform tanpa kod yang elastik dan platform natif awan yang dibina berdasarkan teknologi sumber terbuka dan boleh digunakan di premis, dalam infrastruktur hibrid atau mana-mana persekitaran awan. Platform ini direka cipta untuk membantu perusahaan meningkatkan ROI daripada analisis dan meningkatkan kecekapan di seluruh rantaian nilai data.

Tentang Subex  

Subex ialah perintis yang mendayakan Kepercayaan Digital untuk perniagaan di seluruh dunia. 

Ditubuhkan pada tahun 1994, Subex membantu pelanggannya memaksimumkan pendapatan dan keuntungan mereka. Dengan legasi perkhidmatan di pasaran yang menyediakan penyelesaian bertaraf dunia bagi mengoptimumkan dan menganalisis perniagaan, Subex kini menerajui bidang ini dengan mendayakan Kepercayaan Digital serba boleh dalam ekosistem perniagaan para pelanggannya. Melalui tumpuan terhadap pengurangan risiko, keselamatan, kebolehramalan dan kecerdasan, Subex membantu perniagaan mengatasi perubahan dan telah berjaya mewujudkan dunia digital yang selamat untuk para pelanggan mereka dengan penuh yakin.

Melalui HyperSense iaitu sebuah platform analitik serba lengkap, Subex memperkasakan penyedia perkhidmatan komunikasi dan pelanggan perusahaan untuk membuat keputusan yang lebih pantas dan lebih baik dengan memanfaatkan analisis kecerdasan buatan (AI) di seluruh rantaian nilai data. Penyelesaian ini membolehkan pengguna yang tidak mempunyai pengetahuan pengekodan untuk mengagregat data dengan mudah daripada sumber yang terpisah, mengubah data kepada pemahaman dengan membina, mentafsir dan menalakan model AI dan berkongsi penemuan ke seluruh organisasi secara mudah, semuanya pada platform tanpa kod.

Subex juga menawarkan Perkhidmatan Terurus dan Rundingan Perniagaan boleh diskala. Subex mempunyai lebih 300 pemasangan di lebih 90 buah negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.subex.com.

Hubungan Akhbar: 
Sandeep Banga
sandeep.banga@subex.com 

Foto: https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/04/subex-melancarkan-hypersense-sebuah-platform-analitik-terimbuh-serba-lengkap-1.jpg  
Logo: https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/04/subex-melancarkan-hypersense-sebuah-platform-analitik-terimbuh-serba-lengkap.jpg

Keywords: Computer Software Computer/Electronics Electronic Design Automation Internet Technology Telecommunications New products/services Data Analytics

Source: PRNEWSWIRE

You might also like