Guide Sensmart Lancar Kamera Terma Prestasi Tinggi Berkuasa AI untuk Selaraskan Pemeriksaan Industri

72
- Iklan -

WUHAN, China, 19 April 2021 /PRNewswire/ — Pada 15 April, penyedia produk dan penyelesaian pengimejan terma inframerah Cina yang terkemuka Guide Sensmart mempersembahkan penampilang sulung dunia kamera pengimejan terma inframerah berprestasti tinggi PS Series baharunya yang ditingkatkan dengan kombinasi antara konfigurasi canggih, prestasi tertinggi dan pengimejan berkualiti.

PS Series Guide baharu dengan prestasi yang mengagumkan ini membuka kemungkinan baharu untuk meningkatkan pengalaman yang disokong oleh teknologi inovatif.

Kamera PS Series Guide Sensmart didatangkan lengkap dengan motor fokus generasi seterusnya dan kawalan motor injak berkejituan tinggi. Dengan algoritma imej fokus auto baharu, kamera berkenaan menyempurnakan proses fokus auto pintar dalam 0.4 saat sekali gus menjamin fokus yang tepat.

Selain daripada menangkap gambar inframerah resolusi tinggi, PS Series didatangkan lengkap dengan modul kamera digital 13MP unggulan Guide Sensmart bagi menyokong rakaman video dengan menangkap imej terma dan visual secara serentak.

Menerusi pengimejan terma, kebimbangan yang biasa timbul dalam kalangan ahli profesional termografi ialah penamaan imej. PS Series baharu, yang menyokong pengecaman suara didayakan AI, input papan kekunci maya dan pengecaman teks OCR yang mudah digunakan membolehkan golongan profesional membuat pengukuran suhu yang cepat dan mudah dengan menyediakan mereka penyelesaian mesra pengguna bagi penamaan imej.

Satu lagi ciri penting kamera terma PS-Series ialah reka bentuk ergonomiknya. Struktur kanta dan skrin berputar yang memenangi IF Design Award membantu pengguna mendiagnosis komponen yang merosot dalam kawasan yang sukar dicapai.

Di samping itu, kamera terma PS Series baharu menyediakan penyelesaian kolaborasi jarak jauh cekap yang didayakan dengan perkhidmatan awan. Ia juga menyokong kanta lanjutan pilihan tanpa penentukuran. Pengguna dapat melengkapkan lensa telephoto dan makro dengan cepat tanpa perlu menghantar semula kamera terma tersebut ke kilang. Dengan beberapa ciri dan konfigurasi canggih termasuk tetapan keterpancaran fleksibel mengikut kawasan dan penilik julat laser, PS Series dapat memenuhi keperluan ratusan senario yang rumit termasuk pengesanan bangunan, pengesanan kuasa dan penyelidikan saintifik.

PS-Series Guide Sensmart lengkap sepenuhnya bagi memenuhi keperluan golongan profesional termografi inframerah.

Latar Belakang Guide Sensmart

Guide Sensmart ialah subsidiari Guide Infrared (SZ.002414), pengeluar sistem pengimejan terma inframerah yang terkemuka di dunia. Hasil daripada pengalaman syarikat kumpulan kami selama 20 tahun dalam industri inframerah dan kapasiti pengeluaran besar-besaran, Guide Sensmart dapat mereka bentuk dan menyediakan produk pengimejan terma yang berkualiti tinggi dan berpatutan di seluruh dunia pada kuantiti skala dengan misi untuk menjadikan pengimejan terma bermanfaat buat orang awam. Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://www.guideir.com (ikuti @GuideSensmart di facebook/Linkedin/Twitter/Youtube).

Keywords: Biometrics Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics New products/services

Source: PRNEWSWIRE