200 Hari lagi untuk CIIE keempat

64
- Iklan -

SHANGHAI, 19 April 2021 /PRNewswire/ — Persiapan sedang dilakukan bersungguh-sungguh bagi menganjurkan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) keempat, ekspo import terbesar di dunia yang akan dianjurkan hanya dalam tempoh 200 hari lagi dari 18 April.

A corner of the CIIE
A corner of the CIIE

Ribuan pempamer dan ratusan ribu pembeli dari seluruh dunia telah pergi ke Shanghai dalam tempoh tiga tahun yang lalu untuk memperoleh manfaat yang ditawarkan oleh ekspo tersebut. Dengan pengaruh dan ruangan pameran yang semakin meningkat, CIIE menjadi acara yang mesti dihadiri bagi perniagaan antarabangsa pada setiap bulan November.

Inilah sebabnya anda tidak boleh melepaskan peluang yang benar-benar unik yang disediakan oleh CIIE.

Pertama, ia besar secara skala dan merangkumi industri yang luas. CIIE telah berkembang pada skala dan pengaruh setiap tahun. Pada tahun 2020, ekspo ini berkeluasan 360,000 meter persegi — bersamaan dengan saiz kira-kira 70 buah padang bola sepak standard.

Ekso perdagangan global ini menyediakan rangkaian lengkap industri yang merangkumi perkhidmatan produk makanan dan pertanian, automobil, teknologi pintar dan teknologi maklumat, barangan pengguna, peranti perubatan, produk penjagaan kesihatan dan pertukaran.

Kedua, ia menampilkan peserta dan pameran yang berkualiti tinggi. Ribuan pempamer termasuk syarikat Global Fortune 500 dan peneraju industri menyertai ekspo ini setiap tahun. Acara ini telah menjadi satu kemestian bagi peneraju industri yang berpengaruh seperti syarikat farmaseutikal 10 terbaik di dunia dan pembuat kereta terkemuka di dunia. Tiada acara lain di dunia yang menyediakan pentas yang lebih baik dengan skala dan pengaruh seperti ini untuk debut produk Asia dan global. Dalam ketiga-tiga edisi terdahulu, lebih 1,300 produk dan perkhidmatan telah membuat debut China atau global mereka di ekspo tersebut.

Ketiga, perusahaan boleh menemui pembeli, memeterai perjanjian, memasuki pasaran China dan memperoleh projek. Kira-kira 1.3 juta orang pembeli telah menghadiri ketiga-tiga edisi pertama ekspo ini. Setiap tahun, organisasi yang mengambil bahagian memeterai perjanjian bernilai berbilion-bilion dolar di CIIE dan jumlah ini terus meningkat dalam setiap acara. Dalam tempoh tiga tahun yang lalu, lebih $200 bilion perjanjian telah ditandatangani.

Susulan daripada perjanjian ini, sejumlah 319 projek daripada kedua-dua ekspo yang pertama yang disokong oleh pelaburan asing bernilai $15 bilion telah dimulakan dan berjaya dilancarkan di China.

Keempat, ia merupakan pintu gerbang ke pasaran China dan laluan untuk memperoleh kejayaan. CIIE menyediakan laluan yang ideal untuk memahami dan memanfaatkan kekayaan pasaran China dengan penggunanya yang berjumlah 1.4 bilion orang. CIIE juga merupakan peluang terbaik bagi syarikat untuk bertemu rakan kongsi bagi sinergi perniagaan di keseluruhan rantaian nilai sama ada huluan dan juga hiliran.

Kelima, ia menawarkan perkhidmatan setempat supaya perniagaan boleh beroperasi dengan lancar. CIIE menyediakan manfaat tambahan untuk syarikat-syarikat yang memasuki pasaran China dengan menawarkan perkhidmatan khas yang melancarkan perniagaan dengan rakan kongsi China. Manfaat ini merangkumi perundingan, pelepasan kastam, pendaftaran perniagaan, pemadanan dan banyak lagi. Di CIIE, para peserta juga dapat mempromosikan jenama mereka dan memperoleh pendedahan media, dengan outlet media global yang hadir setiap tahun untuk melaporkan trend, produk dan inovasi terkini yang dipamerkan di ekspo tersebut. Dalam ketiga-tiga edisi pertama, lebih 10,000 orang wartawan telah membuat liputan tentang ekspo tersebut. CIIE mempunyai pasukan perkhidmatan perlindungan harta inteleknya sendiri bagi memastikan setiap IP peserta dilindungi dengan baik.

CIIE keempat akan dianjurkan di Shanghai pada 5 hingga 10 November, oleh itu mengapa tidak merebut peluang untuk masuk ke pasaran China yang kukuh pada Tahun Lembu ini?

Syarikat-syarikat yang berminat untuk menyertai edisi keempat ini boleh mendaftar di sini:
https://www.ciie.org/ciie/f/book/register?locale=en

Anda juga boleh menghubungi: ciie2021@ciie.org.

Kami berharap untuk bertemu dengan anda di National Exhibition and Convention Center (Shanghai) dalam masa 200 hari lagi.

Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/04/200-hari-lagi-untuk-ciie-keempat-1.jpg
Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/04/200-hari-lagi-untuk-ciie-keempat.jpg

Sila hubungi: 
Nie Qingxin 
Tel.: +86-21-67008870/67008988

Keywords: Agriculture Computer/Electronics Food/Beverages Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Mining/Metals Transportation Trade show news Future Events

Source: PRNEWSWIRE