Globalization Partners Mengautomasikan Pengembangan Global Sepenuhnya

76

Memperkembangkan perniagaan ke negara baharu sekarang hanya dengan beberapa klik di hadapan

BOSTON, 29 Oktober 2020 /PRNewswire/ — Globalization Partners, yang mempermudah perniagaan global dengan membolehkan syarikat melantik bakat di lebih daripada 180 buah negara tanpa bersusah payah untuk menyiapkan pejabat cawangan atau anak syarikat antarabangsa, hari ini mengumumkan evolusi seterusnya platform Employer of Record (EOR) miliknya dengan melancarkan Self-Service Global Expansion Experience.

Dibangunkan sendiri oleh pasukan jurutera dan pakar industri bertaraf dunia, Pengalaman Pengembangan Global Layan Diri merupakan perjalanan berasaskan awan, dibimbing oleh pelanggan yang melancarkan proses mewujudkan pasukan global dengan meletakkan keperluan khusus negara pada perkhidmatan di hujung jari pelanggan. Syarikat boleh memilih negara baharu untuk diteroka, meluluskan kos untuk mengambil bakat yang dikenal pasti, menghasilkan kontrak pekerjaan yang mematuhi peraturan tempatan dan mengeluarkan faedah insurans. Para pekerja disokong melalui entiti Globalization Partners di setiap negara, membolehkan pelanggan mengatasi masalah berkaitan navigasi perundangan rentas sempadan, sumber manusia dan cukai dalaman. Teknologi Globalization Partners mempermudah dan mempercepat proses pengambilan pekerja antarabangsa, tetapi automasi tidak selalu dapat menggantikan nilai akses kepada pakar industri. Itulah sebabnya, apabila diperlukan, perkhidmatan yang diperibadikan daripada pasukan Globalization Partners sentiasa tersedia hanya dengan satu klik sahaja.

Pengalaman Self-Service Global Expansion Experience adalah sebahagian daripada platform EOR Globalization Partners yang membolehkan perniagaan berkembang dan menguruskan pasukan global mereka–semuanya pada satu tempat. Teknologi automatik muncul pada saat di mana industri Employer of Record semakin meningkat sebagai alat untuk syarikat yang berpandangan ke depan untuk mengembangkan pasukan mereka ke peringkat global. Laporan terbaharu dari firma penganalisis industri NelsonHall mendapati bahawa walaupun terdapat kesan ekonomi global terhadap pandemik COVID-19 baru-baru ini, pembeli perkhidmatan EOR global tidak menunjukkan tanda-tanda untuk menghentikan usaha pengembangan mereka, dengan EMEA dan APAC menjadi kawasan sasaran utama untuk pengembangan. Penyelidikan ini juga menamakan Globalization Partners sebagai peneraju industri dalam kalangan rakan sejawatnya.

Globalization Partners adalah satu-satunya EOR Global dengan platform yang sepenuhnya diperkemas serta infrastruktur undang-undang global dalaman, yang memastikan kualiti dan kepatuhan yang diberikannya kepada pelanggan.  Gabungan ini sangat penting memandangkan employer of record menguruskan harta intelek yang dihasilkan oleh pekerja dan masalah rentas sempadan lain yang kompleks untuk pelanggannya. 

“Nilai teras model bagi perkhidmatan EOR global berpusat pada kemampuannya untuk memberi lebih kepantasan dan ketangkasan pada Sumber Manusia dalam menyokong inisiatif pengembangan global perniagaan yang patuh dan tepat pada masanya,” menurut Pete Tiliakos, Penganalisis Penyelidikan Utama, NelsonHall. “Penyerapan teknologi dan automasi moden seperti Self-Service Global Expansion Experience akan mempercepat kepantasan dalam melaksanakan inisiatif strategik, seterusnya akan memperkuat nilai layanan dengan memperkukuh perusahaan multinasional dengan kemampuan berdasarkan permintaan untuk menilai, mengikat kontrak dan mengembangkan bakat dalam negara yang disasarkan.”

Sebagai EOR, Globalization Partners membolehkan syarikat-syarikat mengambil pekerja di mana saja di dunia dan berkembang ke wilayah baharu tanpa perlu membuat pelaburan yang mahal dan memakan masa untuk anak syarikat atau pejabat cawangan. EOR berfungsi sebagai majikan yang sah, menguruskan gaji, cukai dan faedah, dan memastikan kepatuhan terhadap undang-undang dan peraturan pekerjaan tempatan, memberikan kebebasan kepada syarikat untuk mengurus dan mengarahkan pekerjaan harian anggota pasukan mereka. Walaupun Globalization Partners sentiasa memberikan kemampuan ini, platform teknologi EOR yang baru ditingkatkan membolehkan syarikat bergerak lebih pantas ke wilayah baharu sehingga mereka menjadi lebih kompetitif di peringkat antarabangsa. 

Platform teknologi EOR Globalization Partners berasaskan awan dan dapat diakses secara global melalui peranti mudah alih atau desktop. Di antara banyak ciri dan kemampuannya adalah pengalaman kontrak pekerjaan automatik yang membolehkan syarikat membuat tawaran pekerjaan yang kompetitif dengan cekap dan memuaskan. Ini juga menyediakan fungsi pelaporan yang memberi kekuatan kepada pasukan kewangan dengan pelaporan invois terperinci oleh negara dan pekerja, dan pusat bantuan yang menyediakan kandungan sokongan yang luas dan kemampuan untuk berhubung dengan pakar subjek. Tidak seperti tawaran kompetitif yang disatukan daripada pelbagai sumber, teknologi EOR syarikat dibangunkan sendiri oleh Globalization Partners pada satu platform untuk pengalaman pengguna yang lebih bersepadu.

“Kelewatan pematuhan dan proses yang ketinggalan zaman boleh menyebabkan kehilangan bakat teratas dan kehilangan peluang di pasaran baharu,” kata Gerard Keating, CTO Globalization Partners. “Self-Service Global Expansion Experience kami membolehkan pelanggan kami memperluas tenaga kerja global mereka dengan mudah melalui pengalaman pengguna interaktif yang mudah digunakan untuk meneroka perincian kepatuhan bagi mana-mana negara dan menandatangani kontrak semuanya dalam platform yang sama.”

Selain itu, teknologi Globalization Partners menyediakan pelanggan dengan pelbagai ciri berguna yang lain:

  • Pilih negara baharu untuk pengembangan global
    Mulakan pelancaran negara baharu anda dengan satu klik butang dan ketahui jumlah kos yang dijangkakan tanpa kejutan. Pelanggan boleh menjelajah ke lebih daripada 180 buah negara untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkembangan global. Hanya dengan beberapa klik, harga khusus bagi negara tertentu dapat diketahui dan kontrak dapat ditandatangani.
  • Kakitangan di lapangan
    Pelanggan menghasilkan kontrak pekerjaan yang mematuhi peraturan tempatan dan memberikan faedah premium dalam negara dan ini semua dihasilkan di dalam platform dalam beberapa minit. Langkah seterusnya ialah mengajak pekerja baharu untuk log masuk ke Globalization Partners untuk mengkaji semula kontrak mereka dan memilih manfaat mereka dengan lancar.
  • Pemprosesan gaji
    Proses penggajian automatik dengan sedikit bergantung pada penglibatan manusia, memastikan ketepatan, kebolehpercayaan dan penghantaran tepat pada waktunya. Platform kami yang fleksibel membolehkan penambahan bonus, komisen atau pengecualian gaji hanya dengan beberapa klik, semuanya berpusat setempat untuk kemudahan pentadbiran.
  • Menguruskan masa & perbelanjaan
    Pelanggan dengan mudah menyemak dan mengesahkan permintaan masa dan perbelanjaan dari para pekerja global melalui persekitaran web atau peranti responsif mudah alih. Penawaran masa dan perbelanjaan dibangunkan dengan mempertimbangkan ketetapan sesebuah negara dan semua butiran laporan perbelanjaan dipusatkan untuk meringankan beban kerja pasukan kewangan.
  • Memastikan pematuhan
    Walaupun terdapat peraturan tempatan yang sering berubah, platform kami memastikan pematuhan terhadap sumber manusia, perundangan, pematuhan data dan keperluan cukai setempat yang terkini yang turut disertakan dalam pengalaman pelanggan. Pelanggan kami menjejak dan mengurus pekerja mereka di seluruh dunia dalam satu antara muka berpusat dan selamat. Ini termasuk akses masa nyata kepada status pekerja, maklumat hubungan, jadual pembayaran gaji, perincian faedah, kontrak pekerjaan dan invois, yang akan mengurangkan risiko kesalahan manusia.

Tentang Globalization Partners
Globalization Partners membolehkan syarikat berkembang dengan cepat dan mudah di peringkat antarabangsa di enam benua dan lebih daripada 180 buah negara. Model Employer of Record (EOR) Global kami membolehkan syarikat mengambil pekerja hanya dalam beberapa hari bekerja tanpa perlu menavigasi masalah perundangan, cukai dan sumber daya manusia yang rumit dan teknologi bertenaga AI kami menjadikan keseluruhan proses pengembangan global berada di hujung jari anda. Apabila syarikat memperoleh bakat terbaik, ahli pasukan tersebut menggunakan penggajian kami yang mematuhi peraturan tempatan. Kami adalah penyelesaian yang paling boleh dipercayai di pasaran dan menawarkan perkhidmatan sokongan premium 24/7/365. Kami mempunyai pasukan dan pejabat di seluruh dunia dengan ibu pejabat global yang terletak di Boston dan California dan ibu pejabat serantau di London, Ireland, Singapura dan Dubai. 

Globalization Partners secara konsisten mencapai 97% penilaian kepuasan pelanggan yang mana dengan itu memudahkan syarikat melangkah ke peringkat global. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari: globalization-partners.com atau berhubung dengan kami melalui Twitter, LinkedIn, Facebook, atau dengan menyemak Blog kami.

Sila Hubungi:
Karen Pantinas
Kpantinas@globalization-partners.com 
617-729-4466

Video – https://youtu.be/0ltYvCtnoxc   
Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/10/globalization-partners-mengautomasikan-pengembangan-global-sepenuhnya.jpg

Keywords: Computer Software Computer/Electronics Workforce Management/Human Resources New products/services

Source: PRNEWSWIRE