Pusat Keselamatan Siber Baharu di PMU berada dalam talian pada masa yang amat tepat

85

AL-KHOBAR, Saudi Arabia, 29 Oktober 2020 /PRNewswire/ — Oleh kerana dunia semakin bergantung dengan kewujudan digital, Prince Mohammad Bin Fahd University’s (PMU) telah menubuhkan Pusat Keselamatan Siber untuk menjalankan latihan dan kurikulum untuk pelajar, fakulti dan profesional bagi menjamin keselamatan rangkaian maya mereka yang penting itu.

Cybersecurity offerings at Prince Mohammad Bin Fahd University
Cybersecurity offerings at Prince Mohammad Bin Fahd University

“Pandemik global mungkin telah menyebabkan beberapa rancangan tertangguh, tetapi ia juga telah menekankan pentingnya kewujudan persekitaran digital yang selamat. Universiti-universiti memberi sumbangan dari segi latihan kepada tenaga kerja keselamatan siber dan penyelidikan bidang, konsep dan teknologi yang berkaitan dengan keselamatan baharu,” kata Presiden PMU. Peralihan dekad menjadi pemangkin kepada peningkatan kepentingan I.T dan keselamatannya. Data dalam talian adalah tidak begitu mudah dilindungi dengan hanya mempunyai kata laluan yang sukar dan kerap menukarnya dan tiada individu atau komuniti yang kebal dengan pelanggaran keselamatan.

Data peribadi adalah yang paling sering dicuri. Ini terdiri dari hanya sekadar nama atau alamat e-mel, juga sehingga kepada maklumat lain yang lebih sensitif seperti nombor kad kredit atau log masuk selamat. Walaupun perisian anti-perisian hasad dapat membantu, ia selalunya tidak memberi perlindungan keselamatan seperti yang difikirkan, tetapi memberi perlindungan terhadap salahguna. “Keselamatan telah menjadi bahagian yang tidak dapat dipisahkan daripada kitaran hidup perkembangan perisian,” kata Pengarah Pusat. “Kemajuan dalam kecerdasan buatan (AI) juga telah membawa lebih banyak kaedah yang canggih untuk pengesanan ancaman. Namun, pada masa yang sama, ia digunakan oleh oleh penjenayah siber sebagai senjata untuk menghasilkan pelbagai perisian hasad dan serangan yang kompleks.” Pengetahuan tentang kegoyahan semakin meluas dan Pusat sedang meningkatkan kesedaran melalui bengkel, latihan dan Kurikulum khusus. Misi ini adalah yang paling utama ditawarkan oleh pusat-pusat tersebut.

Pendahuluan: 

Latihan adalah merangkumi pengenalan kepada keselamatan siber, pengkomputeran awan – penyimpanan data dan pengkomputeran kuasa yang dapat diakses melalui internet – serta pensijilan dalam “ethical hacking” (CEH).

Perikatan antarabangsa telah membenarkan pusat ini untuk membesarkan sumber yang sedia ada termasuk sejumlah latihan dan seminar. Selain itu, seminar telah membincangkan keadaan semasa berkaitan Keselamatan Siber, cabaran dan peluang untuk wanita Arab Saudi dalam Keselamatan Siber serta idea dan amalan yang terlibat dengan etika penggodaman.

Harapan masa hadapan: 

Untuk menyediakan pelajar, fakulti dan profesional dengan keadaan dunia maya dan keselamatan siber yang terus berkembang, pusat ini menawarkan termasuk pensijilan bagi ujian penembusan (CPENT), konfigurasi tembok api, cabaran set kemahiran Capture the Flag (CTF), latihan untuk pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Sebuah makmal canggih juga sedang dalam pembangunan untuk menjalankan ratusan latihan praktikal dan program peningkatan kemahiran.

Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/10/pusat-keselamatan-siber-baharu-di-pmu-berada-dalam-talian-pada-masa-yang-amat-tepat-1.jpg
Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/10/pusat-keselamatan-siber-baharu-di-pmu-berada-dalam-talian-pada-masa-yang-amat-tepat.jpg

Ankit S Bhosale, (+966 13) 849 9346 – abhosale@pmu.edu.sa

Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Education High Tech Security Higher Education New products/services Survey, Polls & Research Financial Technology

Source: PRNEWSWIRE