Pameran Canton ke-128 Berakhir, Memperkasakan Pemulihan Perdagangan Antarabangsa

121

GUANGZHOU, China, 29 Okt 2020 /PRNewswire/ — Pameran Import dan Eksport China (Pameran Canton) ke-128 selama 10 hari berakhir di platform digital canggihnya yang telah memberikan peluang unik untuk perniagaan dan pembeli antarabangsa menerima pakai pengalaman perdagangan tanpa batasan di hujung jari mereka.

128th Canton Fair Concludes, Empowering International Trade Recovery
128th Canton Fair Concludes, Empowering International Trade Recovery

Pameran tersebut mengalu-alukan pembeli dari 226 negara dan rantau yang merupakan rekod tertinggi setakat ini. Setakat 24 Oktober, platformnya telah menerima 51.17 juta kunjungan, termasuk lebih 7.89 juta kunjungan ke dewan pameran maya syarikat.

Xu Bing, Jurucakap bagi Pameran Canton dan Timbalan Pengarah Pusat Perdagangan Asing China, menyatakan bahawa wabak COVID-19 semasa telah memberikan cabaran ekstrim semasa negara-negara cuba mengembangkan ekonomi mereka dan pada masa yang cuba menyelamatkan nyawa. China berusaha untuk memudahkan usaha industri dan rantaian bekalan antarabangsa kembali kepada kenormalan, dan juga membantu dalam pemulihan perdagangan dan pelaburan antarabangsa.

26,000 pempamer membawakan lebih daripada 2.47 juta produk, iaitu peningkatan sebanyak 16.5 peratus daripada edisi lalu, termasuk 8,500 produk daripada 346 pempamer antarabangsa dari 30 negara. Antaranya, 730,000 produk baharu dilancarkan di acara tersebut, meningkat sebanyak 21.6 peratus.

Pameran Canton tahun ini telah menyaksikan banyak produk sohor kini dengan inovasi dalam reka bentuk, fungsi, ketukangan dan bahan. 131 produk daripada 91 syarikat menerima ganjaran untuk reka bentuk berani dan inovatif mereka, menerima hadiah daripada 2020 Canton Fair Design Awards (Anugerah Reka Bentuk Wajar Canton 2020) yang berprestij.

Pameran perdagangan besar tersebut juga menerapkan teknologi “baharu” seperti data raya, pengkomputeran awan dan kecerdasan buatan, yang menawarkan pengalaman imersif kepada pembeli melalui penggunaan grafik, video, 3-D dan platform realiti maya (VR). Dewan pameran VR memperlihatkan produk daripada 2,046 syarikat, dan dikunjungi sebanyak 163,200 kali keseluruhannya, manakala bilik pameran penstriman langsung tersuai juga menjadi tumpuan ramai, dengan 1.89 juta orang menontonnya.

Pembeli mengulas tentang Pameran Canton maya ini bahawa ia telah menawarkan pengalaman pengguna yang luar biasa daripada menyemak imbas produk baharu, mengetahui teknologi baharu dan tinjauan pasaran hinggalah menyertai perbualan interaktif. Fungsi-fungsi yang dinaik taraf tersebut telah membolehkan mereka mengakses produk berkualiti tinggi daripada sejumlah pembekal dan pengeluar secara dalam talian.

Di samping pameran, Pameran Canton turut menganjurkan beberapa siri acara sokongan dalam dan luar talian untuk meneroka dan menggalakkan lagi perdagangan antarabangsa. 38 acara pemadanan perniagaan maya dianjurkan di 37 negara dan rantau, dan 6 persatuan perniagaan dari Afrika, Eropah dan Asia menyertai Program Perkongsian Kerjasama Global Pameran Canton.

Keywords: Banking/Financial Service Household Products Household/Consumer/Cosmetics Internet Technology Retail Telecommunications Trade show news

Source: PRNEWSWIRE