Jam tangan pintar klasik dan bergaya Amazfit GTR 2 dan Amazfit GTS 2 untuk gaya hidup aktif adalah sesuai untuk setiap penampilan dengan pelbagai ciri kesihatan yang komprehensif

97

SHENZHEN, China, 29 Oktober 2020 /PRNewswire/ — Amazfit sedang melancarkan dua edisi terbaru jam tangan pintar daripada siri Fesyen peranti boleh pakainya yang popular musim ini. Amazfit GTR 2 menggabungkan reka bentuk jam tangan tradisional dengan ciri kecergasan dan penjejakan kesihatan yang meluas dan akan dilancarkan di UK dan Amerika Syarikat pada 30 Oktober; Amazfit GTS 2 yang anggun dan bergaya akan dilancarkan di Amerika Syarikat pada 1 November dan akan tersedia di UK pada 15 November.

Amazfit GTR 2, Amazfit GTS 2, classic and fashionable smartwatches with a comprehensive range of health features for active lifestyles
Amazfit GTR 2, Amazfit GTS 2, classic and fashionable smartwatches with a comprehensive range of health features for active lifestyles

Reka Bentuk Elegan dengan Teknologi Mengagumkan

Boleh didapati dengan sarung keluli tahan karat atau aloi aluminium hitam, Amazfit GTR 2 mempunyai penampilan klasik, menampilkan paparan AMOLED 1.39 inci bulat dengan reka bentuk kaca melengkung 3D yang jelas dan mudah dibaca. Amazfit GTS 2 yang langsing mempunyai skrin AMOLED 1.65 inci berbentuk segi empat tepat dan boleh didapati dengan sarung aloi aluminium berwarna hitam malam, emas gurun atau kelabu urban serta tali yang sepadan.

Kedua-dua paparan jam tangan diperbuat daripada kaca 3D Corning Gorilla dengan salutan Karbon seperti Belian optik (oDLC) dan anti-cap jari, yang menjadikan skrin sangat kuat, lebih tahan calar dan mudah dibersihkan. Skrin yang boleh diputar sepenuhnya menjadikan jam tangan tetap selesa sama ada anda pengguna kidal atau tangan kanan.

Ciri-ciri Pengurusan Kesihatan & Kecergasan Menyeluruh [2] 

Amazfit GTR 2 dan Amazfit GTS 2 menawarkan pemantauan kadar denyutan jantung berkejituan tinggi Dilengkapi dengan sensor optik PPG BioTracker™ 2, yang menjejaki kadar denyutan jantung anda setiap masa (24 jam 7 hari seminggu), ia memantau kadar denyutan jantung anda, zon degupan jantung dan memberi anda amaran degupan jantung yang tidak normal, untuk lebih memahami kesihatan jantung anda.

BioTracker™ 2 PPG turut menyokong OxygenBeats™[3] untuk mengukur ketepuan oksigen dalam darah. Semasa terlibat dalam kerja yang melibatkan mental dalam masa yang panjang, atau aktiviti fizikal seperti menyertai maraton atau sukan luar berintensiti tinggi, jika anda merasa tidak selesa maka anda boleh mengukur paras semasa oksigen dalam darah anda untuk segera memahami keadaan fizikal anda, dan memastikan anda mengawal kesihatan anda.

Pemantauan kualiti tidur[4] memastikan prestasi yang optimum dan jam tangan pintar Amazfit ini memantau tidur anda dan menjadikannya lebih mudah untuk memahami pola tidur anda dan meningkatkan kualiti tidur. Setelah disegerakkan ke aplikasi, anda boleh mengetahui lebih lanjut berkenaan berapa lama masa yang anda habiskan untuk peringkat tidur ringan dan tidur nyenyak, termasuk tahap tidur gerak-mata cepat (REM), malahan untuk tidur siang[5].

Kedua-dua jam pintar ini menampilkan Sistem Penilaian Kesihatan PAI™ inovatif[6] yang mengubah data kadar denyutan jantung anda, aktiviti yang dijejak dan data kesihatan lain kepada skor PAI yang membolehkan anda memahami kesejahteraan fizikal anda dengan segera.

Kedua-dua jam tangan siri Amazfit GT 2 menyokong pemantauan stres yang membantu anda mengimbangkan tahap stres anda.

Kekal sihat bermaksud kekal aktif, oleh itu Amazfit GTR 2 dan Amazfit GTS 2 mempunyai 12 mod sukan popular[7] yang mudah diaktifkan setiap kali anda mula bersenam. Merekodkan jarak, kelajuan, perubahan degupan jantung, kalori yang dibakar, dan data senaman lain semasa anda bersenam.

Jam tangan Amazfit GT 2 mempunyai kira-kira 3GB storan muzik setempat supaya anda dapat mendengar muzik tanpa telefon anda. Dengan penambahan getaran haptik yang memberikan maklum balas haptik yang boleh disesuaikan semasa anda menerima panggilan atau mendapat pemberitahuan.

Apabila anda menanggalkan jam tangan anda, fungsi pengesanan pemakaian akan mengunci jam tangan bagi melindungi privasi anda dan anda boleh menambahkan kata laluan untuk keselamatan tambahan.

Dengan mikrofon dan pembesar suara terbina dalam, jam pintar ini membolehkan anda membuat panggilan telefon dengan ciri panggilan Bluetoothnya.

Jam Tangan GT Generasi Baru Menjadikan Hidup Lebih Pintar, Lebih Efisien dan Lebih Menyeronokkan

Sekarang anda mempunyai kawalan suara, di sinilah jam tangan GT 2 menjadi super pintar. Dengan Amazon Alexa terbina dalam, anda boleh bertanya soalan, mencari maklumat, mendapatkan terjemahan, membuat senarai membeli-belah, menetapkan penggera, pemasa dan peringatan, menyemak cuaca, mengawal peranti rumah pintar dan banyak lagi. Anda boleh bercakap dengan Amazfit GTR 2 dan Amazfit GTS 2, dan Alexa akan bertindak balas terhadap arahan suara anda dengan respons teks pada skrin. Sebagai contoh, hanya katakan,

  • “Alexa, tetapkan pemasa.”
  • “Alexa, tambah telur ke dalam senarai membeli-belah saya.”
  • “Alexa, hidupkan lampu di ruang tamu”
  • “Alexa, bagaimana keadaan cuaca hari ini?”

Alexa berada di persekitaran awan, jadi ia sentiasa menjadi lebih pintar, menambah keupayaan baru yang dihantar kepada peranti anda.

Ciri kawalan suara luar talian juga membolehkan anda melakukan operasi suara di jam tangan anda walaupun tanpa akses Internet, termasuk menghidupkan mod sukan, penjejakan degupan jantung dan banyak lagi.

Jangka hayat bateri jam tangan GT 2 yang lama bermaksud ia akan bersama anda dalam pengembaraan anda setiap hari dalam seminggu.

Harga dan Ketersediaan

Di UK, Amazfit GTR 2 akan dilancarkan pada 30 Oktober dan berharga GBP159, manakala Amazfit GTS 2 akan dilancarkan pada 15 November dengan harga runcit GBP159.

Di Amerika Syarikat, Amazfit GTR 2 akan dilancarkan pada 30 Oktober dan berharga USD179, manakala Amazfit GTS 2 berharga USD179 dan akan dilancarkan pada 1 November.

Untuk imej produk beresolusi tinggi[8], sila muat turun dari sini

[1] Alexa Terbina Dalam bagi Amazfit GTR 2 dan GTS 2 akan tersedia dengan peningkatan OTA tidak lama lagi. Apabila tersedia, pemberitahuan akan muncul melalui Aplikasi Zepp (sebelumnya dikenali sebagai Aplikasi Amazfit) dan peranti. Masa pelancaran OTA mungkin berbeza mengikut pasaran.

[2] Produk ini bukan peranti perubatan. Data pengukuran hanya bertujuan sebagai rujukan dan tidak boleh digunakan untuk mendiagnosis atau memantau keadaan perubatan. Selain itu, ketepatan data akan terjejas sekiranya kawasan sensor bersentuhan dengan kulit yang bertatu, berpigmen atau bertona gelap.

[3] Tahap SpO2 boleh mempengaruhi paras oksigen ke pelbagai organ. Jika tahapnya terlalu rendah, ia boleh menyebabkan pening, sakit kepala atau serangan jantung. Produk ini bukan peralatan perubatan. Data ujian hanya semata-mata untuk tujuan rujukan dan tidak boleh digunakan untuk mendiagnosis atau memantau keadaan perubatan.

[4] Pemantauan tidur: dapat merekodkan tidur malam dan tidur siang. Apabila ia mengesan bahawa pemakainya tidur antara tengah malam dan 6 pagi, waktu tidur antara 6 petang sebelumnya dan 11 pagi boleh direkodkan sebagai waktu tidur malam; tidur antara 11 pagi dan 6 petang yang berlangsung lebih daripada 20 minit direkodkan sebagai tidur siang. Tidur yang berlangsung kurang daripada 20 minit tidak direkodkan.

[5] Untuk memantau kitaran REM, mod pengesanan degupan jantung Sleep Assistant mesti diaktifkan. Semasa tidur REM, mata anda bergerak dengan cepat ke arah yang berbeza. Mimpi biasanya berlaku semasa tidur REM.

[6] Kajian Kecergasan HUNT (HUNT Fitness Study) menunjukkan bahawa mereka yang mengekalkan skor PAI™ 100 atau lebih tinggi menunjukkan risiko yang lebih rendah untuk hipertensi, penyakit jantung dan diabetes jenis-2. Kajian Kecergasan HUNT: Kajian ini dijalankan oleh Profesor Ulrik Wisloff dari Fakulti Perubatan, Universiti Sains dan Teknologi Norway. Ia berlangsung selama lebih daripada 35 tahun dan mempunyai lebih daripada 230,000 peserta.

[7] Berlari di luar, sawat injak (treadmill), larian denai, berjalan kaki, berbasikal di luar, berbasikal dalam bangunan, berenang di kolam renang, berenang di air terbuka, senaman elips, latihan bebas, mendaki, bermain ski.

[8] Imej produk dan kandungan skrin yang ditunjukkan di atas hanya untuk tujuan rujukan. Produk sebenar (termasuk tetapi tidak terhad kepada penampilan, warna dan saiz) dan kandungan paparan skrin (termasuk tetapi tidak terhad kepada latar belakang, UI dan grafik) mungkin sedikit berbeza.

Keywords: Biometrics Computer/Electronics Consumer Electronics Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail New products/services

Source: PRNEWSWIRE