Undian telah selesai dan FP Markets dianugerahkan sebagai ‘Best Global Value Forex Broker’ 2020

123

SYDNEY, 28 September 2020 /PRNewswire/ — FP Markets berbesar hati mengumumkan bahawa ia telah dianugerahi Best Global Value Forex Broker 2020 (Broker Forex Dengan Nilai Global Terbaik 2020). Global Forex Awards 2020 menganugerahkan kecemerlangan dalam industri kewangan dalam bidang seperti teknologi canggih, perdagangan kos rendah dan perkhidmatan pelanggan.

FP Markets has been awarded the Best Global Value Forex Broker
FP Markets has been awarded the Best Global Value Forex Broker

Ini adalah tahun kedua berturut-turut FP Markets terpilih sebagai Broker Forex Dengan Nilai Global Terbaik dan menzahirkan komitmennya menyediakan destinasi perdagangan yang unggul untuk para pelanggannya. Ia juga menggambarkan hasrat syarikat untuk terus meningkatkan produknya. 

Pemikiran ini dicetuskan oleh Pengarah Urusan Matt Murphie yang mengatakan “Rasa lebih berpuas hati apabila terpilih sebagai Broker Forex Dengan Nilai Global Terbaik untuk tahun kedua berturut-turut daripada penganugerahan kami pada 2019. Diiktiraf dengan cara ini menunjukkan bahawa kami adalah destinasi terbaik pelanggan untuk keseluruhan pengalaman perdagangan dengan pasaran kami yang mendorong spread ketat dan pelaksanaan pantas. Kami terus berusaha untuk mengecapi kejayaan dan mencari jalan untuk terus meningkatkan produk dan perkhidmatan yang kami sediakan. Apabila orang ramai berdagang dengan FP Markets, mereka boleh mengatakan dengan yakin bahawa mereka berdagang dengan Broker Forex Dengan Nilai Global nombor #1.*”

“Ini adalah cara yang baik untuk meraikan ulang tahun ke-15 syarikat dan memberikan penghargaan yang adil kepada seluruh organisasi dalam tahun yang mencabar bagi semua orang di seluruh dunia.”

FP Markets menawarkan lebih 10,000 instrumen dagangan yang menawarkan pedagang akses kepada CFD di seluruh Forex, Index, Komoditi, Saham dan Mata Wang Krypto, menjadikannya salah satu daripada penawaran terbesar dalam industri. Dengan keseluruhan 8 platform untuk dipilih termasuk MT4, MT5 & Iress, pedagang dapat mencari kondisi perdagangan yang optimum untuk strategi mereka. Selama 15 tahun yang lalu, FP Markets mengetahui bahawa gabungan spread ketat dan pelaksanaan pantas, dengan tambahan platform canggih, rangkaian produk yang luas dan sokongan pelanggan kelas pertama adalah ramuan penting yang mendatangkan kepercayaan kepada para pedagang untuk berdagang secara serius.

FP Markets ditubuhkan pada Mei 2005 dan merintis model Akses Pasaran Langsung (DMA) Kontrak untuk Perbezaan (CFD) di Australia yang mempromosikan harga yang adil dan telus serta fokus terhadap pelaksanaan pesanan yang optimum untuk pelanggan.  FP Markets tetap komited memberikan harga DMA untuk produk yang mempunyai pertukaran berpusat. Bagi produk seperti Forex yang tiada pertukaran berpusat, FP Markets menyediakan Raw Spread ketat menggunakan harga Rangkaian Komunikasi Elektronik (ECN) .

Nota kepada Editor 

Tentang FP Markets: 

  • FP Markets ialah penyedia CFD dan Forex global di bawah Kawal Selia Australia dengan pengalaman lebih 15 tahun dalam industri.
  • Visi syarikat adalah untuk memberikan destinasi perdagangan terbaik untuk pelanggan dengan menggabungkan kondisi perdagangan terbaik, teknologi, rangkaian produk, harga dan perkhidmatan pelanggan tersedia bagi mereka yang ingin memperdagangkan pasaran.
  • FP Markets menawarkan spread Forex antara bank yang sangat kompetitif daripada 0.0 pip dan leveraj hingga 500:1.
  • Pelanggan juga boleh melakukan perdagangan sepanjang masa dengan peranti mudah alih mereka di beberapa platform dalam talian yang kukuh seperti MetaTrader 4, MetaTrader 5, WebTrader dan IRESS.
  • Perkhidmatan pelbagai bahasa 24/5 yang menonjol oleh syarikat tersebut diiktiraf oleh Investment Trends sebagai tempat bertumpunya beberapa pelanggan yang paling berpuas hati dalam industri ini, setelah dianugerahkan ‘Anugerah Kepuasan Pelanggan Tertinggi Keseluruhan,’ selama lima tahun berturut-turut dari Investment Trends.

Untuk butiran lanjut tentang tawaran kami yang pelbagai, sila layari https://www.fpmarkets.com 

Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/09/undian-telah-selesai-dan-fp-markets-dianugerahkan-sebagai-best-global-value-forex-broker-2020-1.jpg  
Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/09/undian-telah-selesai-dan-fp-markets-dianugerahkan-sebagai-best-global-value-forex-broker-2020.jpg

Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Awards Financial Technology

Source: PRNEWSWIRE