5 Sebab Kenapa vivo V20 SE Peranti Pintar yang Superb Awesome!!! – Nombor 3 Paling Best!!!

429

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa vivo sentiasa menghasilkan peranti pintar yang mampu milik tetapi hadir dengan keupayaan persis flagship. Jadi tidak hairanlah vivo V20 SE ini diperkenalkan dan orang ramai mula excited nak tahu apa yang best. Ini bukan gimik, tetapi ini adalah kenyataan!!! Nak tahu apa yang best?? Meh tengok!!!

Rekaan Buat Hati Korang Cair!!

Sekali pandang sahaja peranti ini pasti membuatkan korang tidak keruan melihat kecantikan dan kekemasan peranti ini. Berinspirasikan daripada angkasa lepas dan semula jadi. Keunikkan ini dipadankan bulan dengan kemasan yang lebih kemas dan sangat ‘high fashion’ gittew!!! 2 varian warna yang memukau iaitu Graviti Black dan Oxygen Blue pasti membuatkan korang tidak keruan mahu memiliki peranti eksklusif ini.

Itu baru panel belakang!!! Kalau korang tengok pula di bahagian hadapan, ia tampil dengan skrin yang sangat baik iaitu 6.44” AMOLED FullView. Dengan nisbah skrin ke kerangka yang mencapai 90.12% pasti membuatkan tontonan korang lebih puas!!!!Nak tahu sebab apa?? Sebab ia mampu memaparkan sehingga lebih dari 16 juta composite color shades disebabkan oleh 103% NTSC saturation dan 2,000,000:1 contrast.

Vivo V20 SE Kini Raja Selfie

Siapa yang berani menidakkan bahawa vivo V20 SE ini hadir dengan keupayaan kamera hadapan yang sangat baik . jadi untuk kaki selfie pasti anda jadi tidak keruan melihat fungsi yang hadir pada V20 SE ini. Tampil dengan 32MP pasti memberikan kualiti imej yang mempersona.

Tidak kiralah anda ingin berselfie dalam situasi low light sekalipun, ia tidak menjadi masalah kerana HDR+ Morpho Algorithm ada kunci kepada kehebatan peranti ini. Ia mampu mencerahkan kawasan yang gelap dan mengurangkan overexposes pada kawasan yang terang. Jadi ia akan menghasikan kualiti imej pada waktu malam akan lebih terang, jelas dan seimbang!!

Dah nama pun Selfie, pasti nak nampak cun kan?? Korang jangan risau, sebab ia turut boleh dipadankan dengan Face Beauty. Dengan Selfie Softlight Band ini mampu memberikan kepada anda kualiti pencahayaan seperti di dalam studio. Tidak kira sama ada anda di luar mahupun di dalam, ia sentiasa bersedia untuk anda!!

Imej Terbaik Dari Kamera Utama 48MP

Kalau korang nak tahu, peranti ini dihadirkan dengan 48MP + 8MP + 2MP yang menjanjikan kehebatan pada hasil gambar yang di rakam! Tidak kiralah anda ingin merakam gambar pemandangan bandar dari siang hingga ke malam, Ia pastinya tidak mengecewakan. TIdak kira anda menggunakan Super Wide Angle, macro atau Pro Standar Modes, ia memberikan kepada anda lebih pilihan. 

 Peranti ini dihadirkan dengan 120 darjah panoramic vantage yang memberikan paparan yang lebih luas supaya lebih banyak subjek yang boleh di rakam. Kualiti tak boleh nak cakap apa dah. Memang terbaik. Perincian terhasil juga membuatkan korang terkesima tatkala menatap imej tersebut.

Bukan itu sahaja, korang nak rakam gambar close up juga sangat baik dengan jarak sehingga 2.5cm. Sungguhpun jarak sangat rapat, tetapi peranti ini masih memamparkan kualiti dan perincian yang sagat baik. Titisan air, seranggan kecil juga boleh anda rakam!!

Satu lagi yang membuatkan ia sangat cool adalah rakamannya yang sangat stabil. Tiada lagi kabur disebabkan oleh EIS. Jadi nak rakam pun sangat smooth dan stabil sungguhpun korang bergerak tau!!!

Bateri Berdesup Kencang!!!

Kalau telefon power pun, tapi kalau nak cas pun lambat dan tak mampu bertahan lama, baik tak payah kan!! Tapi korang chill jer sebab vivo V20 SE ini tak ada masalah itu sebab ia tampil dengan kapasiti bateri yang baik iaitu 4100mAh dan dipadankan dengan 33W FlashCharge. Yang menariknya mengenai peranti ini,peranti ini mengecas 50% lebih pantas dan sangat selamat. Jadi tidak hairanlah ia mampu mengecas sehingga 62% dalam masa 30 minit. Memang berdesup!!!Tak sampai sejam bateri dah cas penuh dah ni!!!Dah boleh dah tinggalkan powerbank korang tu dan pergi menikmati peranti ini.

Pemproses Giler Padu Bak Hang!!

Ini yang paling penting, kuasa dalaman peranti ini. Jika tak power, masakan mampu kasi fungsi-fungsi yang awesome dan superb kan!!! Tak perlu bimbang, tak perlu gusar sebab vivo V20 SE ini sudah pastinya hadir dengan kuasa dalaman yang sangat baik iaitu Qualcomm Snapdragon 665. Lebih menarik apabila ia dipadankan dengan RAM sebesar 8GB dan storan sebesar 128GB.

Paling best apabila dia ada Multi Turbo tau guys!!! Confirm laju dan smooth jer. Macam-macam Turbo ada tau guys!!! AI Turbo, Net Turbo, Game Turbo, Cooling Tubo dan banyak lagi laa. Korang jangan terkejut pulak kalau telefon ini berseup kencang!!!

Jadi tunggu apa lagi, dapatkan sekarang , vivo V20 SE ini!!! Korang pasti tidak menyesal laa!!! Peranti ini bakal tersedia pada 24 September ini!!! Untuk maklumat lanjut, korang boleh klik pada pautan ini untuk mengetahui maklumat lanjut: