Yoodo Tawar Pelbagai Hadiah & Promosi Sepanjang Disember!!!

Yoodo yang merupakan perkhidmatan mudah alih ubah suai sepenuhnya dan 100% digital pertama di Malaysia, melancarkan beberapa siri promosi dan peraduan bagi meraikan penghujung tahun 2020. 

Dengan dua kempen berasingan sepanjang bulan Disember ini, pengguna baharu serta pengguna Yoodo sedia ada berpeluang mendapat ganjaran dan hadiah yang menarik.

Ho! Ho! Holiday Giveaway 

Yoodo memulakan musim perayaan dengan kempen Ho! Ho! Holiday Giveaway yang akan memberikan ganjaran kepada pengguna Yoodo sedia ada dengan pelbagai hadiah sepanjang bulan ini. Hadiah-hadiah tersebut terdiri daripada Apple iPhone 12 Pro, Samsung Galaxy S20 Plus, Apple  AirPods  Pro, dan ingame Diamonds permainan Mobile Legends: Bang Bang.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan hadiah-hadiah ini, mereka hanya yang perlu menepati syarat yang telah ditetapkan mengikut kategori – seperti berbelanja sebanyak RM50 dan ke atas dalam satu transaksi atau membeli 7GB data Booster. Pemenang bertuah akan dipilih untuk menerima hadiah-hadiah istimewa ini. Kempen ini berakhir pada 31 Disember 2020.

Raikan Wira-wira Kita

Selain daripada itu, antara 7 hingga 31 Disember, Yoodo juga ingin memberi penghargaan kepada petugas-petugas barisan hadapan melalui inisiatif Raikan Wira-wira Kita.

Inisiatif ini khas untuk 500 petugas barisan hadapan pertama yang melanggan Yoodo, dan merekaakan menikmati kredit Boost sebanyak RM30 dengan percuma yang boleh digunakan untuk membayar pelan Yoodo mereka.

Melalui kempen Raikan Wira-wira Kita, Yoodo akan memastikan petugas-petugas barisan hadapan kita sentiasa dapat berhubung dengan orang tersayang – terutamanya mereka yang masih bertugas dan jauh daripada rumah.

Ganjaran-ganjaran istimewa ini menambahkan lagi kemeriahan bulan Disember selepas pengumuman promosi terbaharu Yoodo – Double Special. Untuk masa yang terhad,  pengguna-pengguna boleh menikmati kuota data berkelajuan tinggi dua kali ganda tanpa kos tambahan. Dengan promosi baharu ini, pengguna boleh mendapat gabungan (termasuk tambahan data aplikasi) 50GB data pada harga RM35, 70GB pada harga RM55, di bawah pelan yang disyorkan. Seperti biasa, mereka juga boleh mengubahsuai dan memilih kombinasi pelan mereka tersendiri untuk memenuhi keperluan peribadi masing-masing.

Pengguna Yoodo hanya perlu memilih dari senarai pelan data yang sudah digandakan di aplikasi apabila mereka mendaftar dan menyesuaikan pelan mereka. Untuk maklumat lanjut mengenai  Ho! Ho! Holiday Giveaway, Inisiatif Raikan Wira-Wira Kita dan promosi Double Special, anda boleh layari www.yoodo.com.my

You might also like