Pandang Pertama realme XT Yang Seksi Giler!!! Okay Ker?

Buat peminat peranti realme di malaysia pastinya sangat teruja dengan ketibaan peranti realme XT ini pada 30 Oktober ini kerana bakal tampil dengan pemproses Snapdragon 712 dan dipadankan dengan 8GB RAM dan storan sebesar 128GB. Turut dihadirkan dengan kamera gergasi 64MP dan bateri sebesar 4000mAh.

Oleh itu, sebelum ia dilancarkan, jom la kita lihat rupa paras peranti ini yang boleh buat korang jatuh cinta dah ni!!!

 

PAPARAN YANG MENGGIURKAN

Paparan Hadapan

Tengok sahaja peranti ini sudah membuatkan anda terliur melihat kecantikannya. Hadir dengan skrin bersaiz 6.4″ Super AMOLED membuatkan anda puas menontonnya. Skrin yang lebih besar membuatkan lebih banyak visual yang boleh dilihat!

Kamera Hadapan

Skrin realme XT ini dihadirkan dengan skrin bertakuk kecil yang mana dihadirkan dengan kamera hadapan dengan 16MP.

 

PANEL BELAKANG YANG SEKSI!!

Panel Belakang

Jika dilihat dari rekaan panel belakang realme XT ini sangat cantik dan eksklusif. Seksi pun ada juga. Dihadirkan dengan warna Pearl Blue membuatkan anda tak mahu memalingkan pandangan.

Kamera Belakang

Susunan 4 kamera yang disusun menegak dengan lingkaran warna emas pada lensa utama, membuatkan ia tampak lebih mewah. LED Flash pula dihadirkan dibahagian sebelah susunan kamera tersebut.

Tiada pengimbas cap jari di hadirkan di bahagian panel belakang kerana ia disertakan pada skrin hadapan.

 

SISI KIRI & KANAN YANG MENAWAN

Sisi kiri

Rekaan sisi kiri dan kanan peranti ini tampak kemas. Di bahagian sisi kiri dihadirkan dengan butang laras suara dan ketersediaan slot sim.

Ia dihadirkan dengan 2 slot nano sim dan 1 MicroSD.

Sisi Kanan

Manakala di bahagian sisi kanan realme XT ini hanya tersedia butang kuasa yang memberikan sentuhan kesederhanaan.

 

BAHAGIAN ATAS & BAWAH

Bahagian Atas

Jika dilihat di bahagian atas, tiada sebarang port yang hadir.

Bahagian Bawah

Di bahagian bawah pula, ia dihadirkan dengan port pengecasan USB-C, audio jack dan speaker yang sangat memudahkan anda.

 

PERANTI YANG SELESA DIPEGANG

Ketika memegang realme XT ini, ia sangat selesa untuk dipegang, dengan saiz yang sesuai dan berat yang not bad ringgan. apa yang lagi penting, pengalaman ketika menaip atau bermain game adalah sangat selesa.

 

Kali Pertama Menggunakan realme XT

Disebabkan ini kali pertama saya memegang realme XT ini, saya tertarik dengan kameranya yang gergasi iaitu 64MP!! Pertama kali mencuba peranti ini, saya merasakan hasil gambar adalah baik khususnya warna yang terhasil. Berikut adalah hasil gambar dari realme XT:

 

Spesifikasi Ringkas realme XT
  • 6.4″ Super AMOLED
  • Snapdragon 712
  • 8GB RAM + 128GB.
  • Kamera Utama: 64MP + MP + 2MP + 2MP
  • Kamera Hadapan: 16MP
  • Bateri: 4000mAh
  • VOOC Flash Charge 3.0

 

Beli Peranti Realme Di Sini:

_________________________________

Artikel Berkaitan:

 

You might also like