
HONOR Mengacah Kehebatan Kamera HONOR 9X Pro – Prestasi Fotografi Pencahayaan Rendah Mengagumkan
HONOR bakal melepaskan siri HONOR 9X pada 23 Julai 2019 – maklumat mengenainya juga telah banyak dikongsi. Malah, HONOR juga dilihat sering kali mengacah tarikan utama yang ada pada peranti tersebut.

Menjelang pelancaran rasmi, HONOR sekali lagi memberi kejutan buat peminat mereka dengan berkongsi mengenai konfigurasi kamera HONOR 9X Pro dan memperlihatkan prestasi fotografi pencahayaan rendah yang mengagumkan.
Memetik beberapa sumber, HONOR 9X bakal menyertakan persediaan lensa 48MP (Sony IMX586) sebagai sensor kamera utama. Lebih menarik, ia dikatakan mampu menangkap imej yang menakjubkan pada waktu malam tanpa memerlukan bantuan LED Flash.

Nampaknya bertambah terujalah peminat HONOR kan? Apa lagi kejutan yang bakal dibawakan oleh HONOR? Sama-sama kita tunggu pelancaran rasmi pada 23 Julai kelak [ESOK] dan kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!
[SUMBER]
———————————————————————————————————————————
Artikel Berkaitan:
- [BOCOR] : Rekaan Penuh HONOR 9X & HONOR 9X Pro Berlegar Di Media Sosial
- [BOCOR] : Imej Penggoda HONOR 9X Pro Diperlihatkan – Rekaan Panel Belakang Cukup Memukau
- [TERTIRIS] : Spesifikasi Penuh HONOR 9X & HONOR 9X Pro Muncul Di Media Sosial
- HONOR Band 5 Bakal Terima Ciri Baru? Dijangka Diperkenal Bersama HONOR 9X?





