
Cip A10 Apple, Terbaik Ketika Ini!
Satu fakta berkenaan Apple yang sukar disangkal adalah mereka mempunyai kumpulan jurutera komputer yang cukup hebat, dan merekalah yang bertanggungjawab ke atas reka bentuk, pembangunan dan juga kemampuan cip pemproses Apple yang sememangnya sudah diketahui umum antara yang terbaik.
Apabila Apple mengumumkan Apple iPhone 7 & 7 Plus, mereka sekaligus memperkenalkan dunia kepada cip terbaru mereka A10 yang dikatakan terbaik, dan itu adalah satu lagi fakta yang tidak boleh disangkal. Ujian benchmark menunjukkan bahawa cip yang dibina di dalam iPhone 7 dan 7 Plus sememangnya jauh lebih baik dari cip-cip lain. Kedua-dua model terbaru dari Apple itu menduduki dua tangga teratas dalam ujian benchmark.
Google Pixel XL yang dilengkapi cip pemproses terbaru Qualcomm Snapdragon 821 juga gagal mengambil takhta iPhone 7 Plus dan hanya berjaya menduduki kelompok 5 terbaik.

